Hoseok POV
aku berjalan perlahan diantara lautan manusia yang sedang sibuk berjoget mengikut rentak muzik yang lantang. aku terus sahaja naik tangga yang berada di hujung kelab itu dan tangga itu hanya boleh dinaiki oleh vvip sahaja.
Namjoon telah ditinggalkan aku di luar kelab ini kerana dia menyatakan bahawa dia tidak selesa berdekatan dengan tempat seperti ini. Aku hanya membiarkan sahaja, menghormati pendapat daripadanya.
Kaki aku tidak berhenti melangkah sehingga akhirnya aku berhenti di hadapan seokjin hyung yang sibuk meneguk minuman keras. Terdapat dua orang berpakaian ketat dan terdedah duduk di sebelah seokjin hyung yang mabuk itu.
"Hyung, aku dah sampai" aku masih berdiri kerana tidak mahu duduk di tengah-tengah dua orang wanita seksi yang tersenyum ghairah melihat aku.
"Huh? Oh. Pergi! Aku nak jumpa dia.. hikk kejap" ayat itu disambungkan dengan sendawa yang agak kuat.
"Aku datang sini nak dengar berita yang kau bagitahu aku tu. Kenapa kau boleh mabuk pulak? Kau pasti kau akan berikan aku maklumat yang sepatutnya kau beri?" Aku memarahi seokjin hyung setelah wanita-wanita itu keluar.
"Jangan marah sangatlah. Aku tak perlu bercakap pun kalau nak bagi kau maklumat yang jimin jumpa" seokjin hyung seperti mencari sesuatu di bawah meja. "Nah" dia kemudiannya mencampakkan fail berwarna coklat tepat terkena dadaku lalu aku memegangnya.
"Sebelum kau buka fail tu" seokjin hyung menunding jari ke arahku membuatkan aku berhenti mengoyakkan fail itu lalu memandang ke arahnya.
"Aku nak kau tahu, aku dapat maklumat baru yang sangat menyedihkan. Aku pun masih sakit kepala memikirkan perihal itu" kata-kata seokjin hyung membuatkan aku berkerut.
Terus sahaja aku mengoyakkan kertas itu dengan kasar dan membaca isi kandungan helaian yang berada di dalam tangan aku.
"Apa maksud semua ni?"
YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfic[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY