91

35 9 0
                                    

Geum Byeol POV

Aku hanya dapat melihat dari jauh bagaimana papa diusung keluar dari pejabat ini. Tubuh aku didakap erat oleh makcik aku dan Taehyung hyung sudahpun digari oleh beberapa orang lagi pengawal pakcik Seokjin. 

Memori tinggalan pejabat ini sememangnya akan menghantui aku sehingga aku dewasa. Aku bersyukur kerana segalanya telah tamat. Namun perjuangan papa masih belum sampai ke penghujungnya. Papa masih lagi perlu bertahan. Aku tahu papa takkan tinggalkan aku. 

Papa aku yang sebenar masih lagi menunduk kerana tidak mahu bersua muka denganku. Diikutkan hati, mahu sahaja aku membelasah lelaki ini. Tetapi apabila terlihat keadaan semakin reda, aku tidak mahu ianya menjadi kelam kabut kembali.

Aku meletakkan kepalaku ke atas bahu makcik aku ini. Apablia dia melihat aku bagaikan begitu penat, terus sahaja dia membuaikan aku. Terus sahaja aku terlelap.

+

"Geum Byeol ah" panggilan itu tidak dibalas oleh aku. Aku hanya memandang wajah mama yang pucat lesi namun tetap bercahaya wajahnya. Air mata aku terus menitis deras dan tiada langsung tanda-tanda mahu berhenti.

"Mama, kenapa tinggalkan Byeol?" aku cuba berjalan ke arah suaranya namun badan aku langsung tidak mahu bergerak. Aku memandang ke bawah. Kaki aku sudah hilang sebelah. Tangan aku capai kepadanya dan sedaya upaya menggerakkan badan aku yang semakin lama semakin berat.

"MAMA!"

Mata aku terkatup rapat kerana tiba-tiba sahaja tempat ini diterangi cahaya yang terang benderang. Terasa bagaikan ada sesuatu yang mengenggam kaki aku yang satu ini, bagaikan mahu menjatuhkan aku.

Aku membuka mata akhirnya dan melihat kebawah kerana genggaman yang perlahan bertukar kepada cengkaman yang kuat.

"ARGH" aku menjerit kuat. Sekali lagi, aku cuba untuk menggerakkan badan aku tetapi semakin lama, mayat pakcik Namjoon yang berlubang dadanya, atuk Jinwoo yang organ dalamannya terbuarai keluar dan pakcik Seokjin yang kepalanya senget 90 darjah kesemua mereka mencengkam kaki aku yang satu ini, cuba untuk menjatuhkan aku.

"ARGHHH!!"

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now