Hoseok POV
"Papa!" suara noona aku daoat dengar dengan begitu jelas kerana dia sudah berada di hadapan pintu pejabat ini. Aku yang sedang bersandar di meja pejabatnya memandang dengan mata sebelah yang terbuka, kerana sibuk melayan kesakitan pada lengan aku ini. Walaupun Byeol sedaya upaya menekan luka ini namun darah terus sahaja membuak keluar. Aku mungkin akan mati disini kerana kehilangan darah.
"Seok ah!" Noona terus mendapatkan aku yang lemah longlai. Dia memandang Byeol penuh tanda tanya.
Baru aku perasan yang noona tidak pernah lagi bertemu dengan anak lelaki aku yang seorang ini.
"Hoseok sshi" Soobin berdamping di sebelah aku, menangis sedari tadi. Adakah dia benar-benar risaukan aku?
"Seok, tolong bertahan" noona pula kali ini menangis melihat keadaan aku yang pucat lesi. Bibir aku terasa seperti merekah. Tenaga aku pula hilang entah kemana. Ini semua gara-gara darah aku sudahpun membuat kolamnya sendiri di atas lantai kayu yang aku duduki.
"Kenapa tak panggil polis? Lelaki tu jahat!" Byeol menunding jari ke arah Seokjin yang masih menyilangkan kakinya kemudian menaikkan keningnya kerana terhibur melihat kesengsaraan yang berlakj di hadapan matanya.
"Jungkook hyung! Lelaki tu jahat! Hyung kena tangkap dia! Dia jahat!" Byeol meraung. Tangannya yang berlumuran dengan darah memukul-mukul lantai.
"Kenapa? Kenapa? Kenapa takde sesiapa nak pukul lelaki tu?" Byeol meraung lagi. Kali ini sayu sahaja dia menangis. Kadang-kadang tangisan diselang dengan batukan.
"Papa, lelaki tu" kali ini Byeol menunjuk ke arah lelaki yang tergamam di hadapan pintu masuk pejabat. "Lelaki tu yang bunuh mama Byeol! Lelaki tu yang sakitkan kaki Byeol!" Minhyuk berjalan kebelakang apabila Byeol memberitahu segala perbuatannya.
"Bawa dia masuk" arah Seokjin hyung kepada Jungkook.
Jungkook terus menunduk dan menarik lengan Minhyuk yang kurus itu secara kasar dan menolaknya ke hadapan aku, menyebabkan dia terjatuh di atas lutunya dan dia menahan mukanya dari mencium lantai dengan tangannya.
"Oppa!" Soobin terus sahaja memukul badan abangnya yang ketakutan itu.
YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY