Hoseok POV
Setelah hampir dua jam setengah aku terus menerus melakukan kerja syarikat sebagai personal assistant papa, aku mencapai telefon yang berada di hujung meja. Bertuah juga hari ini kkerana tiada yang menyibuk menerjah pintu bilik kerjaku ini.
Segera aku mendail nombor seseorang yang aku kenali daripada aku kecil. Ayahnya pernah bekerja sebagai pemandu peribadi papa dan dia pernah membawa anaknya sekali semasa menghantar aku ke sekolah.
Selesai mendail, aku meletakkan telefon di telingaku. Deringan berbunyi tanda panggilan disambungkan. Aku hanya perlu menunggu dia menjawab sahaja.
"Hello? Siapa di sana?" Suara garau seorang lelaki menyapa aku.
"Kim namjoon sshi?" Soal aku, ingin memastikan identitinya. Mungkin kerana setelah sekian lama dia menggunakan nombor baharu
"Ye saya" aku tersenyum sebaik sahaja namjoon memperkenalkan dirinya.
"Saya jung hoseok, anak kepada jung jinwoo. Boleh kalau saya nak minta pertolongan awak?" Aku bertanya kepadanya tujuan aku.
"Apa-apa sahaja tuan muda" kedengaran suaranya seperti suka aku menelefon.
"Jangan panggil saya begitu, kejayaan awak membuktikan saya tidak layak menjadi tuan awak" aku kurang senang dengan panggilan itu kerana sudah sekian lama tidak mendengarnya.
"Maksud tuan muda, kalau saya masih miskin dan tidak melepasi standard tuan, saya masih lagi orang bawahan yang hina? Macam itu?" Soalan itu telah memanah hati aku. Perasaan serba salah mula menyelubung.
"Bukan itu maksud saya--"
"Tuan muda jangan risau, saya hanya bergurau. Ayah saya pernah pesan untuk sentiasa setia kepada mereka yang sentiasa berada di sisi kita dan sentiasa membantu walaupun di belakang tabir. Saya tahu, tuan muda banyak bantu keluarga saya sewaktu ayah saya melakukan sesuatu yang menaikkan kemarahan ayah tuan muda. saya masih berterima kasih kerana hal itu" namjoon memotong percakapan aku membuatkan aku terkedu.
"Tuan muda?" Panggilan dia membuatkan aku terkejut.
"Tak perlu panggil saya tuan muda. Kita sebaya. Panggilan nama sudah cukup. Berbalik kepada hal tadi, saya perlukan pertolongan awak, namjoon"
YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY