Hoseok POV
Aku terus bangun apabila melihat siling tidak seperti apa yang aku selalu nampak. aku kenal siling ni. aku menoleh ke kiri dan kanan sebelum berlari laju menuju ke bawah dan aku dapat dengar suara orang yang galak ketawa dan seperti bahagia sedangkan aku seperti cacing kepanasan risaukan keluarga aku yang hilang dari pandangan mata hanya kerana kecuaian aku sendiri.
sebaik sahaja aku turun, "seok dah balik?" soalan itu dilontarkan menyebabkan pandangan mereka semua beralih kepada aku.
soalan itu sengaja aku biarkan, "ma, mana shim? mana byeol?" soalan lain aku tanya seraya memandang mama.
"siapa?" soal yang bertanya tadi. mama hanya diam membisu.
"ma! seok tanya ni, mana dorang?" suara aku tinggikan sedikit.
mama mendekati aku. "seok, cuba bawa bertenang" dia mengurut tangan aku, suaranya juga lembut menegur perbuatan aku.
"seok nak balik" aku memandang mama penuh harapan.
"apa maksud kamu, kamu nak balik? sinilah rumah kamu!" papa tiba-tiba sahaja menyampuk.
"betul cakap papa tu, seok" mama memujuk aku.
"kenapa mama mesti menangkan papa je? mama boleh duduk dekat seok, mama boleh bahagia dengan seok. pendapatan seok tanpa bantuan papa stabil. seok boleh tampung pembiayaan byeol, makan minum keluarga seok sekarang. tapi dorang hilang. dorang kat mana mama?" air mata yang tidak lagi boleh aku tahan tertumpah juga.
"seok, tak baik cakap macam tu" mama memujuk lagi.
"apa-apa pun yang kamu cakap seok, esok pagi, kamu tetap akan berkahwin dengan kang soo bin. esok!" kata papa tegas, mukanya memerah.
"kalau kamu masih tak mahu, kamu tahulah apa yang akan jadi dengan 'keluarga' kamu tu" papa menambah.
"papa!" aku menjerit.
"apa? kalau kamu duduk diam, semua benda ni takkan jadi!" papa menengking.
"dan kalau papa ada hati perut juga semua ni takkan jadi" aku membalas, tapi dengan suara yang tegas.

YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY