Geum Byeol POV
"Papa nak pergi mana lepas ni?" soal aku sambil menolak kerusi roda yang diduduki papa. Papa masih tidak boleh bergerak banyak walaupun sudah seminggu tidak sedar. Dia juga kehilangan memori sewaktu kejadian yang mengubah hidup kami kerana trauma. Doktor mengesyorkan au supaya tidak bercakap banyak perihal itu.
"Mana-mana je" jawab papa dalam nada merajuk. Dia merajuk kerana aku tidak mahu memberitahu dia apa yang terjadi. Katanya, bila dia buka mata sahaja, dia tak boleh bergerak, aku dah terlampau besar sehingga tidak boleh didukungnya dan nenek kelihatan begitu baik sehingga dia tidak pasti sama ada itu benar-benar maknya.
"Okay, kalau macam tu, Byeol nak bawa papa ke suatu tempat" aku terus menolak kerusi itu perlahan dan papa tidak menjawab. Kata nenek, biarlah papa tu melayan perasaan. Lambat laun, dia yang ceria sendiri.
Aku berjalan perlahan menuju ke belakang hospital. Angin kuat menderu aku akhirnya nampak papa tersenyum setelah satu hari bermasam muka. Aku menolak lagi kerusi roda itu sehingga di kawasan curam itu namun kami masih lagi di tempat yang selamat kerana terdapat penghadang keselamatan.
"Cantik" puji papa.
Memang cantik pun. Hospital pesakit long term dimana hospital ini meletakkan pesakit koma bertahun-tahun terletak berdekatan dengan pantai. Bunyi ombak dan air biru kehijauan itu menambah seri kawasan itu. Tambahan lagi dengan cuaca pagi yang penuh awan, melindungi kami daripada terik cahaya matahari.
"Lagi cantik kalau Shim ada kat sini, dengan kita kan?" soalan papa membuatkan aku mengeluh.
Aku tahu papa masih lagi tidak boleh menerima hakikat kematian mama walaupun papa sudah memaafkan pakcik Seokjin dan pembunuh mama.
Aku memeluk tengkuknya dan dia memengang lenganku tanda membalas pelukan.
"Mestilah, kalau ada mama, tempat ni seratus kali lagi cantik dari sekarang"

ANDA SEDANG MEMBACA
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
أدب الهواة[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY