Hoseok POV
Aku berjalan ke arah Soobin. Dia hanya menyambut aku dengan satu kuntum senyuman.
"Awak kenapa daripada tadi saya tengok tak senang duduk?" soal aku, sekarang berjalan beriringan dengannya menuju ke arah kereta yang diparkir agak jauh kerana kawasan ini sememangnya besar.
"Entahlah awak. Saya cuma tak sedap hati" dia membalas sambil menunduk.
"Tak sedap hati sebab takut saya buat bukan-bukan atau apa?" soal aku sambil tersengih.
"Mana ada sampai macam tu sekali. Awak ni" dia memukul lengan aku.
Sejak aku keluar dari hospital, hubungan kami kian rapat. Aku mula menerimanya sebagai seorang isteri. Dia baik menjaga aku dan aku membalas dengan cara baik juga.
"Sebenarnya, Byeol ada tanya saya something. Dia kata dia nak sanagt benda tu tapi mendiang tak dapat tunaikan. Dia beriya-iya minta saya pula yang lunaskan" akhirnya Soobin memberitahu apa yang tersirat di dalam hatinya.
"Apa dia? Peliknya. Tak pernah-pernah pula Byeol tu minta macam-macam" aku berkerut.
"Mungkin dia ada minta tapi awak je tak tahu. Sebab nampak gaya Byeol memang macam kempunan saya tengok" Soobin ketawa perlahan sambil menutup mulut. Perasan juga mukanya merah tiba-tiba.
"Apa saja yang dia minta pada awak ni? Kalau dah sampai macam tu sekali, saya rasa lebih baik saya lunaskan sebelum dia merajuk tak tentu arah. Bukan boleh percaya sangat anak saya seorang tu" aku ketawa juga.
"Hmm, sejujurnya, saya pun masih belum bersedia lagi untuk beri dia hadiah tu" Soobin menunduk pula.
"Apa sebenarnya yang dia minta?" aku berkerut.
"Adik" sepatah perkataan itu membuatkan langkah aku berhenti terus.
"Mengada punya budak" aku dapat merasakan betapa merahnya telinga aku. Panas sahaja.
"Saya tahu" Soobin ketawa.
"Sebenarnya, saya nak perjalanan ni bergerak perlahan je. Saya harap awak tak kisah" Soobin tersenyum.
"Saya tak kisah. Tapi awak pujuklah sendiri Byeol tu" aku mengenyitkan mata.
"Tak sangka awak gatal" Soobin ketawa kemudian menutup mulut.

YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY