80

54 12 2
                                    

Seokjin POV

Aku berlari mendapatkan omma yang berada di dalam bilik bersama dengan saudara terdekat aku. Lukisan yang comot kupegang rapat di dada kerana mahu memberikan omma kejutan. Aku sudah lama tahu bahawa aku begitu berbakat dalam bidang seni lukis. Aku mengetuk sekejap pintu bilik omma namun mama tidak menyahut. Lalu tanpa segan silu, aku membuka pintu itu demi menunjukkan mama lukisan terulung aku. "Omma--"

Langkah aku terhenti. Pintu yang terkuak sedikit itu dibiarkan. Aku menelan liur. Bunyi desahan daripada omma membuatkan air mata aku tiba-tiba bergenang. Aku langsung tidak percaya bahawa omma sanggup mencurangi appa, cinta sejatinya. Imbauan kenangan aku bersama keluarga tiba-tiba dimainkan dan aku terasa begitu dikhianati.

"Seokjin ah, kamu buat apa tu?" satu suara menegur aku dari belakang. Pintu kututup kuat dan aku memandang ke belakang. Aku kenal wanita ini, dia merupakan sepupu kepada omma dan juga isteri kepada lelaki durjana yang sibuk menyentuh omma.

"Jangan datang sini" aku menegah. Aku tidak mahu wanita ini tahu tentang rahsia yang berada di dalam bilik itu. Kanak-kanak perempuan yang berumur sebaya dengan aku melepaskan tanggan ibunya dan cuba mendekati aku.

"Saya kata jangan dekat!" aku menjerit, membuatkan dia terkejut dan terus berlari ke belakang ibunya.

"Balik" aku berkata perlahan namun cukup tegas untuk dia fahami betapa seriusnya keadaan ini.

"Seokjin ah, kenapa--"

"Aku kata balik!" aku berkasar. Aku tidak sanggup lagi untuk menahan tangis.

"Sayang, jom balik" wanita itu menarik tangan kanak-kanak itu keluar dari ruang ini.

Aku pula terduduk dan memeluk kaki kemudian terdengar, "kau melakukannya dengan baik budak" oleh lelaki itu kemudian aku dipeluk ketat oleh omma.

+++++++

"Dasar anak tak sedar diri! Kenapa kau sanggup buat aku macam ni hah?!" appa memukul kepalaku berkali-kali dengan kuat menggunakan fail yang seseorang berikan kepadanya.

Appa mendengus menahan marah. Aku tidak tahu dari mana datangnya semua dokumen itu namun aku pasti ianya telah menghancurkan hidup aku.

"Kau pun sama macam adik haram kau tu! Tak berguna langsung untuk aku. Aku sendiri masih tak faham kenapa aku ada anak macam kau ni" dia membaling fail itu sehingga gambar omma dan lelaki itu pada malam mereka bersatu tubuh berterbangan.

"Maafkan Jin, appa. Jin janji tak buat lagi" itu sahaja yang terkeluar dari mulut aku.

"Maafkan? Hey, budak! Jangan berani panggil aku appa lagi! Kau hanyalah anak kepada wanita yang sukakan lelaki! Jijik rasanya aku nak pandang kau tahu?" dia mengetuk kepala aku dengan tangannya pula kali ini.

"Sekarang ni, aku nak bankrup! Lepas perempuan sialan tu tahu yang aku tahu pasal skandal dia, terus dia hilang entah kemana! Bawa sekali anak haram dia tu. Kenapa tak bawa kau, si pembawa malang sekali? Memang sesuai sangat dengan nama kaulah!" appa menunding jari ke arahku.

"Appa, apa salah Jin?" aku menyoal, mata aku merah menahan tangis dan marah. Tangan aku begitu ringan untuk membelasah lelaki yang berada di hadapan aku ini namun kerana aku sangat menghormati dia, aku tahankan sahaja niat itu.

"Semuanya, semuanya salah kau! Aku dah agak dari awal yang kau akan beri bala besar kepada hidup aku. Kau juga mungkin penyebab kenapa isteri kesayangan aku curang pada aku. Ya, memang sudah jelas sekarang! Kau! Sebab kau, segalanya tak menjadi!" lelaki ini melempang muka aku. Kesan merah menyala di pipi membawa sakit perit namun sakit lagi hati aku menerima cacian seperti ini.

"Aku tak mahu tengok kau dalam bangunan di lagi. Keluar!" tengkingnya, membuatkan aku menurut apa yang diperintahkan.

+++++++

"Seokjin ah, appa salah. Tolong maafkan appa ye?" soal dia, sambil tangannya membawa dirinya merangkak ke belakang.

"Kenapa aku perlu maafkan kau?" soal aku, penuh rasa benci. Benci melihat lelaki ini berkelakuan hipokrit.

"Kau ingat aku tak tahu bahawa kau juga pernah mencurangi omma? Dengan wanita sehina penari tiang di kelab malam" dari tadi, muncung pistol yang berada di dalam genggaman aku tidak memuntahkan sebarang peluru namun dia begitu takut.

"Kau tahu betapa sakitnya hidup aku ada ibu bapa tak bertanggungjawab macam korang berdua ni? Omma sudah aku masukkan ke dalam hospital mental. Kali ini aku akan masukkan kau di dalam kubur" aku menghalangkan muncung Glock-17 itu tepat pada kepalanya.

"Kenapa buat appa macam ni?" appa menahan aku menggunakan telapak tanggannya. Mungkin sebagai perisai supaya peluru tidak terkena tepat padanya.

"Sejak bila pula kau mengaku aku sebagai anak kau? Aku hanya anak sialan yang tak kenal erti bersyukur. Tak layak untuk jadi anak kau kan?" soal aku, menurunkan pistol itu.

Melihat itu, dia tersengih dan ketawa namun pandangannya langsung tidak lari dari pandangan aku. Anak mata aku galak melihat lelaki ini ketawa namun belum sempat dia menghabiskan tawanya--

BANG!

Satu tembakan tepat terkena pada kepala, menyebabkan darah menyembur begitu banyak di belakang tempurung kepala itu dan akhirnya jasad tanpa nyawa itu terkulai dengan mata terbelalak.

"Kau yang cari pasal dengan aku dulu" aku mengeluh, memandang ke arah lelaki yang dikenali sebagai appa itu. "Kejayaan aku memerlukan perngorbanan. Mungkin kau yang pertama. Berbanggalah" aku tersenyum.

Telefon lelaki ini aku ambil dari poket seluarnya. Aku giat mendail nombor seseorang bagi membersihkan tempat kotor ini.

"Tuan Jeon, saya ada mayat untuk dibakar."

"Tidak, jawatan appa akan saya ambil. Jangan risau, saya akan pulihkan semula syarikat."

"Saya mahu tuan sediakan satu senarai kenalan appa. Beritahu mereka, Kim Seokjin kembali bertugas sebagai presiden"

+++++++

"Seronok duduk di atas kerusi tu lepas kau bunuh dia?" soal encik Jung kepada aku.

Dia memberitahu aku segalanya tentang pemberitahuan skandal omma kepada appa. Dia yang menyelesaikan segalanya. Menurutnya lagi, orang bawahan dia sudah menyelesaikan omma supaya dia tidak memberi sebarang kenyataan.

"Jadi, encik dah bunuh omma?" soal aku kerana tidak mahu bermain kata dengan lelaki penuh muslihat itu.

"Tak tapi aku dah lakukan perkara yang lebih baik berbanding itu" dia memberitahu namun aku langsung tidak kisah tentang itu.

"Macam mana dengan adik saya?"

"Oh, dia ada" encik Jung mengangguk. Dia menyuruh pengawal peribadinya membawa masuk seseorang.

"Ini dia adik kau. Nama dia Kim Taehyung" encik Jung tersenyum ke arah aku dan Taehyung langsung tidak mempunyai ekspresi.

"Hai" aku menyapa.

Tiada balasan.

Aku hanya memerhati dia.

_End of flashback_

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang