70

38 10 2
                                    

Guem Byeol POV

aku hanya memerhati sahaja tanah yang kering di bawah kerusi roda aku. sejak aku tinggal di rumah anak yatim ini setahun yang lalu, hidup aku sengsara. aku rindukan mama yang sentiasa berada di sisi aku tika aku kesedihan. tetapi kini, hanya mereka yang tidak berperi kemanusiaan sahaja yang tinggal.

papa? entah kenapa, aku marah padanya. asyik terlambat menyelamatkan kami sehingga mama meninggalkan aku selamanya. namun perasaan perit kerana semakin lama, aku merindui dakapan dia. aku juga tidak boleh terus menerus menyalahkan papa yang berusaha melindungi aku. entah apa sahaja yang dilakukan olehnya sekarang.

aku menolak roda pada kerusi ini sehingga berhenti di sebuah pokok yang teduh bagi memperlihatkan dengan lebih jelas perlawanan bola tanpa pasukan yang dijalankan di padang hadapan rumah anak yatim ini. 

kaset memori aku bermain bola bersama papa dan mang bermain semula di minda tiap kali aku melihat senyuman pada wajah mereka. aku sangat cemburu tetapi apakan daya, sudahlah hilang kaki sebelah, dipanggil gila kerana tidak bercakap, tiada seorang pun yang mahu berkawan dengannya kerana manusia yang menghantarku kesini dipanggil dajjal. kata mereka lagi, siapa sahaja yang dihantar ke situ oleh dajjal itu, ialah seorang pembawa malang.

walaupun sakit hati, aku tetap menerima kerana apa yang aku hadapi di dalam perjalanan hidup aku ini semuanya malang. mama tinggalkan aku, papa hilang diculik bapanya, ayah kandung aku mungkin mati digantung mahkamah, mang pula entah mati kelaparan. jadi aku tidak pernah menafikan kenyataan itu semua kerana ada betulnya juga.

mereka mengatakan aku gila, aku ternampak bayangan mama tika aku termenung kemudian aku menjerit dan mengejarnya. entah apa yang terjadi kepada kepala aku semasa perlanggaran itu berlaku. aku seperti tiada harapan untuk hidup bahagia lagi.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now