Hoseok POV
kami sekarang berada di kawasan RnR kerana aku ingin melepaskan hajat sebentar di tandas. selesai membuang hajat, aku pergi ke kedai runcit membeli tiga botol besar air mineral, beberapa paket sandwich dan gigimbap tiga segi serta satu paket gula-gula berperisa mint supaya tidak mengantuk.
sudah lima jam kami mengembara menaiki van namjoon dan dia kini terbungkang kerana tertidur di tengah-tengah kotak kosong yang disusun seperti benteng bagi mengelakkan kecurigaan itu. aku hanya menggeleng mendengar dengkuran halusnya dari tempat duduk sebelah pemandu.
di sebelah tempat namjoon tidur, terdapat beberapa kelengkapan teknologi seperti komputer riba dan beberapa alat yang tidak diketahui. makanya, aku tidak dapat baring di sebelah namjoon, menikmati tidur aku. aku membuka sepeket sandwich dan menjamahnya. radio yang perlahan aku kuatkan sedikit untuk memberikan kepuasan rasa.
sedang sedap aku makan, terdengar satu nama yang membuatkan aku kurang selesa.
"사람이 참 간사하긴 하지
한 명이 없음 다칠 걸 알면서
서로 나쁜 새낀 되기 싫기에
애매한 책임전가의 연속에 Umm umm
지칠 만큼 지쳐서 되려 평행이 됐네Ay 이런 평행을 바란 건 아닌데 "
[ People can be so crafty
They know they'll get hurt if one person is missing
Because we don't want to be the villains
In the midst of a series of vague responsibilities
And we get so tired or if that we finally became parallel
But we didn't want this kind of parallel ]ayat itu membuatkan tersentap sendiri. suara yang aku sangat kenali menyanyi di radio. sudah tentu dia sedang bercakap tentang aku. sudah tentu dia menujukan ayat ayat itu kepadaku. dia memang sudah nekad untuk tidak mempunyai apa-apa ikatan dengan aku lagi dan lagu ini membuktikan dan menyatakan segalanya.
"itu dia lagu terbaru daripada suga, seesaw yang sekarang menjadi trendy di semua media sosial kerana kisah yang berlaku disebalik lagu ini. kita akan ulaskan perkara ini dengan lebih lanjut namun sebelum itu, dengarkan lagu ini, stay with me, nyanyian park chanyeol dan punch.

ANDA SEDANG MEMBACA
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
أدب الهواة[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY