86

32 11 0
                                    

Hoseok POV

"Kau cakap betul-betul Tae. Kau mempermainkan aku ke selama ni?" aku hanya mendengar sahaja Seokjin hyung melepaskan kemarahan dia kepada adikku Taehyung. Entah kenapa, aku terasa seperti aku sanggup mengaku bahawa aku merupakan abangnya. Walaupun setelah apa yang dia lakukan, aku rasa dia masih berhak mendapat kasih sayang daripada aku.

Taehyung hanya mendiamkan diri. Sememangnya dia bukan seperti yang aku kenali. Taehyung yang aku kenal perwatakannya ceria dan selalu meletakkan senyuman pada mukanya. Kali ini aku hanya nampak seorang lelaki yang penuh dengan kekelaman pada wajahnya tanpa sebarang seri langsung.

"Hyung! Byeol tahu hyung tak buat macam tu pada kelaurga Byeol. Byeol tahu yang hyung seorang yang baik. Tolong buktikan apa yang papa cakap semua tu salah!" tiba-tiba Byeol dari belakang aku bersuara. Dia terlampau rapat dengan Tae yang sentiasa membantu Youngshim di rumah kami di kepulauan itu. Byeol sering bermain dengannya sekiranya dia ada masa lapang. Untuk Byeol menelan fakta itu bulat-bulat, memang jauh sekali.

Taehyung mendekati Byeol dan aku pula berdiri dari tempat duduk aku kerana ingat melihat apa yang sedang dia lakukan. Taehyung duduk di hadapan Byeol yang sedang duduk bersimpuh, air matanya juga tidak kering lagi kerana menangis sekali lagi apabila aku memberitahu bahawa Taehyung juga berkemungkinan menjadi mastermind kepada segalanya.

Noona memeluk Byeol kerana tidak mahu dia disakiti oleh Taehyung yang kini tidak dipercayai oleh sesiapa di sini. Taehyung mencapai tangan Byeol dan menggenggam tangan kecil itu lalu menciumnya. Dia menitiskan air mata. Byeol melepaskan pelukan noona dan pergi ke arah Taehyung.

Tetapi apa yang terjadi membuatkan mata aku terbeliak. Senyuman jahatnya membuatkan aku begitu cuak untuk mendekatinya. Pisau yang berada di leher Byeol ditekan lagi sehingga terkeluar darah. "Maafkan pakcik, wahai anak saudaraku."

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now