Hoseok POV
Aku dengan gelojohnya menyuap makanan ke dalam mulut tanpa rasa ingin berhenti atas sebab muka-muka menjengkelkan yang memandang aku.
"Makanlah" ucapku.
"Makanan penuh dalam mulut, boleh tolong jangan bercakap tak?" Kata-kata pedas Heejun memanah raga aku.
"Heejun, tak baik" tegur Seojun.
"Okay, minta maaf" Heejun menundukkan kepalanya.
"Tak apalah Seojun. Salah pakngah pun hah" kataku melihat Heejun yang mula menguis nasi tanda serba salah.
"Alahai, Heejun janganlah merajuk" pujukku.
"Heejun?" Soal noona.
"Nanti oppa nak cakap sikit dengan kamu" Seojun langsung tak memandang Heejun.
"Aduhai, budak-budak ni" aku mengeleng kepala.
+
Aku berjalan agak jauh dari rumah noona atas sebab mahu melanggar larangan Byeol iaitu merokok.
Kalau Byeol dapat tahu mesti dia merajuk. Kalau dia merajuk kempis dompet aku.
Aku menyalakan puntung rokok yang berada diantara jejari aku.
"Ehem" aku memadang ke hadapan.
"Nak satu?" Pintanya dan terus aku memberikan satu puntung kepadanya.
"Lighter" bagaikan dipukau, aku memberikan sahaja apa yang dipintanya tanpa banyak soal.
"Buat apa kat sini?"
"Saja jengok"
"Kenapa tak balik lagi?"
"Gaduh dengan mama"
"Ouh" dia menghembuskan asap rokok.
"Abang tak kisah ke kalau Seok tinggal sebumbung?"
"Lagi bagus ada geng minum" dia ketawa.
"Abang, Seok nak mintak nasihat sikit, boleh?"
"Nasihat jenis apa?" Soalnya abang ipar aku ni.
"Saya ada suka seorang perempuan ni. Tapi jalan cerita dia jadi macam akak" aku mula bercerita.
"Papa suruh kau kahwin paksa?" Soalnya.
Aku hanya mampu mengangguk.
"Macam mana papa boleh tahu pulak?" Soal dia.
"Mama bagitahu"
"Kau bagitahu kat mama ke?"
"Haah"
"Hah, padan muka mu"
"Apa abang ni"
"Yang kau pergi bagitahu kenapa? Tu lah, manja sangat kan dengan parents kau tu. Hah tanggung sendiri"
"Tapi masalahnya bukan sebab tu saya datang sini"
"Habis tu?"
"Saya dah tertengking mama"
"Dasar budak bijak"
"Terima kasih"

ANDA SEDANG MEMBACA
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Hayran Kurgu[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY