Hoseok POV
Aku mendekati dia, tanpa bantuan dua orang wanita di sebelah aku dan juga Byeol yang masih dalam keadaan duduk di belakang aku. Seokjin hyung hanya membiarkan sahaja. Lelaki yang bernama Jungkook ini juga tidak berganjak dari tempatnya sejak dari menolak Minhyuk sehingga melutut.
Aku berhenti di hadapan dia kemudian mencekak kemas lehernya menggunakan tangan yang tidak cedera menyebabkan badannya terangkat sedikit. "Bukankah aku yang sepatutnya cakap macam tu? Kau yang semakin berani hyung. Menunjukkan belang kau dihadapan aku" aku berkata dengan nada yang marah tetapi tidak menengking.
"Wayar dalam otak kau sudah terputus ke? Kau berada di dalam sangkar aku bodoh. Kau yang berkelakuan bodoh kerana menaikkan kemarahan aku, di tempat aku paling berkuasa" Seokjin hyung langsung tidak takut dengan ancaman aku malahan dia sengaja memprovok aku supaya naik berang.
"Kau pasti kau yang paling berkuasa di sini?" kali ini aku pula yang memulangkan paku buah keras kepadanya. Perkara ini sudah lama membuatkan aku terfikir. Kalau benar tekaan aku, aku mungkin aku pulang ke rumah dengan keadaan yang selamat.
"Apa yang kau fikirkan Hoseok?" Seokjin hyung berkerut kerana geram aku tidak mengaku kekuatan dan kekuasaan di dalam syarikatnya sendiri.
"Memang betul, kau berkuasa di atas segalanya yang berada di dalam syarikat ini dan kau boleh sahaja membakar aku dan keluarga aku disini tanpa diketahui sesiapa. Tetapi seperti yang aku katakan tadi, kau pasti kau paling berkuasa soal hati perasaan kau?" aku melepaskan kolar lehernya.
"Kau tak pernah faham aku" Seokjin bangun dan mencekak kolar aku pula.
"Memang betul aku tak faham kau dan apa yang akan kau lakukan lepas ni. Tapi aku sangat pasti yang ada seseorang yang mampu kawal perasaan kau. Kau silap hyung. Kau fikir kau seorang yang berhati batu tetapi sebenarnya kau tidak lebih dari seorang lelaki yang mempunyai belas kasihan. Kau juga manusia biasa seperti aku dan semua yang berada di dalam pejabat kau ni" aku tersengih.

ANDA SEDANG MEMBACA
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Фанфик[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY