Hoseok POV
Aku mengeluh. Aku bangun dari perbaringan dan berjalan mundar-mandir di dalam bilik.
Aku terpandang smartphone dan satu idea terlintas di dalam kepalaku.
Aku mencapai telefon tersebut kemudian menekan nombor satu agak lama. Akhirnya, nama Yoongi hyung muncul pada skrin.
"Hello?"
"Hyung, aku ada masalah besar"
"Huh?"
"Apa yang aku takutkan betul-betul berlaku"
"Maksud kau?"
"Papa dah aturkan aku"
"Ouh"
"Hyung tak terkejut?"
"Benda ni kita dah expect"
"Kalau macam tu, tolong aku, hyung"
"Kau nak melawan ke?"
"Haah"
"Jangan jadi gila"
"Tapi aku... Apapun, hyung nak tolong aku ke tak ni?"
"Haish, okeylah! nanti kalau Ada masalah, kau tangging sendiri"
"Hyung tolong cari young shim dengan geum byeol untuk aku"
"Macam mana aku nak cari? Kau ingat dunia ni kecil ke?"
"Cari dekat villa-villa bawah nama J Corporation"
"Kau ingat sikit ke? Tu tak kira yang kat overseas lagi"
"hyung ada orang dalam kan?"
"Haish"
"Tolonglah aku hyung"
"Okeylah! Nanti apa-apa hal, aku bagitahu kau"
"Kejap hyung"
"Apa?"
"Hati-hati"
"Haih, okay"
Talian dimatikan. Skrin telefon yang hitam ditatap lama. Aku seperti menunggu panggilan ataupun mesej dari young shim. Walaupun aku tahu itu semua sia-sia.
KRINGG
Hampir tercampak smartphone dibuatnya. Aku terus tengok siapa yang call.
Unknown Number.
Aku mengangkat talian.
"Hello?"
"Jung Hoseok sshi?"
Suara lelaki? Aku mengeluh.
"Siapa ni?"
"Saya Park Jimin, kawan Yoongi hyung. Dia minta tolong saya tolong awak"
"Huh?"
"Saya boleh hack apa-apa sistem untuk awak dapat maklumat tapi dengan satu syarat"
"Apa dia?"
"Bayaran dia sama dengan satu juta pound"
"Apa?!"
"Jangan terlalu terkejut Hoseok sshi"
"Awak jangan nak melampau"
"Saya bagi awak masa 24 jam. Lebih walau satu saat, saya takkan terima awak sebagai customer saya"
Talian dimatikan. Mana nak cari satu juta pound dalam masa 24 jam?

ANDA SEDANG MEMBACA
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fiksyen Peminat[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY