Young Shim POV
aku mula mengemas rumah yang tidak berapa kemas. pinggan aku basuh, selepas baju dimasukkan ke dalam mesin basuh dan menekan butang-butang yang menjalankan mesin itu secara automatik.
selesai itu, aku masak air masak di dalam cerek. sementara menunggu air dalam cerek dipenuhkan, aku berjalan ke arah sofa dan mengemaskan bantal-bantal yang ada di situ. boleh pula lepas aku dah tolak seok ke bawah, dia tarik bantal aku kebawah? aku menggeleng sendiri.
aku terus menuju ke sinki dan menutup pili air apabila terlihat air di dalam cerek sudah penuh. aku pasangkan pula pada wayar yang disambungkan dengan suis lalu air tersebut masak dengan sendiri.
aku kemudiannya mengatur langkah ke dalam bilik byeol, membuka pintu dan pasrah. baju dalam, seluar dalam, baju dan seluar yang telah dipakai bagaikan terbang ke sana sini sebelum itu. satu di atas kerusi, ada yang berada di atas katil. baru juga aku perasan yang byeol sebenarnya pakai stoking berlainan saiz. aku tersenyum. macam-macam perangai betul.
aku membetulkan cadar tilam, bantal aku tepuk sehingga kemas kemudian aku susun, baju yang bergelimpangan aku kutip dan masukkan ke dalam bakul bersebelahan pintu bilik mandi. selimut di atas lantai aku capai dan..
"arghh!" aku menjerit.
mang keluar dari dalam selimut, pisat-pisat dia berjalan. panas juga hati aku dibuatnya. kalau mang lemas dalam selimut ni macam mana?
aku segera melipat selimut sebelum mengangkat mang dan membawa dia turun. aku ambil mangkuk plastik yang byeol selalu guna untuk bagi dia makan dan masukkan sejumlah makanan yang aku rasa agak banyak.
setelah itu, terdengar bunyi loceng rumah berdering. aku segera membuka pintu. buka sahaja, terpacul dua orang lelaki berpakaian segak, bersama seorang perempuan yang juga turut memakai uniform yang sama.
"maaf, ini kediaman jung ke?" soal si perempuan.
aku membalas dengan anggukan.
"saya daripada pejabat guaman, sebenarnya keluarga puan telah pun di saman"
YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY