92

30 13 0
                                    

Tujuh tahun berlalu

Geum Byeol POV

Aku meraup mukaku yang basah dek peluh. Aku melihat sekeliling. Masih berada di dalam bilik aku. Aku memandang ke arah bingkai gambar yangbberada di sebelah aku ini. Kelihatan keluarga aku tersenyum suka kerana kami betul-betul bahagia pada waktu itu. Ganbar Mang juga ditangkap sekali membuatkan aku persoalkan keadaannya sekarang. Dulu, aku yang selalu mengeluh kerana tidak mempunyai kawan. Sekarang, aku yang meninggalkan dia.

Aku bangun dari katil dan berjalan menuju ke bilik air sambil memegang palang besi menuju ke bilik air. Selama ini, aku berlatih berdikari tanpa perlu memakai kaki palsu aku. Aku hanya perlu memakainya apabila pergi ke sekolah.

Aku sekarang tinggal bersama keluarga papa dan nama aku sudah ditukarkan kepada Jung Geum Byeol secara sah. Aku juga dilayan baik oleh isteri papa yang bernama Soobin.

Minhyuk masih berada di dalam penjara. Seokjin pula telah meninggal dunia kerana mahkamah memutuskan dia dihukum gantung sehingga mati. Taehyung hyung pula berada di dalam hospital mental kerana dia sememangnya mempunyai masalah mental dan emosi yang sangat teruk. Papa pula.. masih koma walaupun sudah tujuh tahun aku menunggu di sini.

Keluarga pakcik Namjoon juga semakin rapat dengan keluarga papa. Pakcik Yoongi juga sering berkunjung ke sini. Sebenarnya, nenek sangat terhutang budi dengan pakcik Yoongi kerana telah membawanya ke tempat lain supaya tak dijumpai oleh Jungkook hyung. Sebenarnya, pakcik Yoongi masih lagi ingin berkawan dengan papa tapi tidak mahu ambil risiko. Bercakap tentang Jungkook hyung, dia sekarang menjadi cikgu yang bekerja di sekolah aku. Dia mengajar subjek muzik dan p.e kerana itu sahaja yang diketahuinya. Nenek yang mengaturkan semuanya.

Makcik iaitu kakak kepada papa pula, sibuk mengendalikan syarikat J Corp dan syarikat pakcik Seokjin sekali. Disebabkan kehandalan kedua-dua mereka yang sudah lama terpendam, syarikat yang kedua-duanya hampir bankrup itu akhirnya menjadi maju semula.

"Byeol! Turun makan!" suara omma Soobin sampai ke pendengaranku.

"Nae!"

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now