Geum Byeol POV
Tekak aku terasa perit yang amat sangat. Darah aku mula mengalir sehingga mengotorkan lengan baju aku yang terdapat kesan darah papa tadi. Badan aku terapung di atas udara dan aku tercekik kerana lengan Taehyung hyung sedang cuba menampung berat badan aku yang kecil ini. Papa nampak begitu tidak bermaya dan aku tidak mahu menambah lagi beban. Tetapi aku mesti akan dimarahi teruk oleh mama sekiranya aku sampai ke syurga begitu cepat sekali. Papa juga mungkin akan mencari segala jalan untuk bertemu dengan kami ke alam sana.
"Aku akan tarik segalanya daripada kau sepertimana mereka menarik segalanya daripada aku" semakin dalam terasa bahan tajam ini memasuki kulit aku. Nafas aku tersekat kerana aku begitu takut dan dalam masa yang sama pilu kerana terpaksa menjadi seorang anak yang tak berguna kepada papa.
"Papa, tolong Byeol" aku mencapai tangan aku kepadanya.
"Aku nak kau lakukan kepada aku sesuatu yang hanya kau boleh lakukan Hoseok hyung. Aku rasa kau sudah tahu apa yang aku nakkan. Hutang nyawa wajib dibalas dengan nyawa" Taehyung hyung menyakiti aku namun pisau tajam itu tetap berada di dalam kulitku.
"Kamu jangan jadi gila!" kakak kepada papa melenting namun masih tidak mahu mendekati aku kerana mungkin dia tidak mahu Taehyung hyung menyakiti aku kerana dia. Rasa kesal menyelubungi kerana aku beralih kepada orang yang salah.
"Apa yang kau nak aku lakukan? Bunuh diri? Kau pasti itu dapat menjamin nyawa Byeol? Aku tak percaya kau Taehyung" papa berkata dengan berani walaupun nada suaranya begitu perlahan.
"Kau mungkin akan mati pun tidak lama lagi sebab kehilangan darah. Apa salahnya jika aku kuburkan satu keluarga sekali?" soal Taehyung hyung menekan pisau itu lebih dalam dan aku bernafas payah membuatkan papa berkerut.
"Jangan apakan anak aku" papa memberi amaran. "Aku akan lakukan apa sahaja untuk percepatkan kematian aku."
"Pa.. pa ja.. ngan" aku menutup mata menahan kesakitan.
"Kalau macam tu, kau terjun dari tingkat ni" Taehyung hyung segera memberikan arahan.

YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY