Hoseok POV
"Byeol, sudah-sudahlah tu cium adik kamu tu. Tak lari punyalah! Bagi omma kamu ni hah. Kamu ni mengalahkan parents dia pulak" mama membebel kerana Byeol dari tadi tidak mahu melepaskan Hae.
Ya, Jung Geum Hae. Byeol yang beri dia nama tu. Hae sekarang sudah dua bulan. Gigi baru satu hendak tumbuh. Asyik berkepit dengan abang dia. Entah apa-apa. Aku pula yang cemburu. Kalau sehari Byeol tak dukung Hae, dua-dua macam cacing kepanasan. Status aku sebagai papa terasa begitu tercabar!
"Alahai nenek ni. Nak bermanja dengan Hae pun tak boleh. Tadi nenek dah pegang! Biarlah Byeol pula pegang Hae dalam gambar family kita!" Byeol memprotes.
"Sekarang ni, ni anak kamu ke adik kamu ni? Over sungguh" soal aku kerana cemburu. Kalau aku mendukung Hae, silap haribulan dia semput sebab menangis. Kata Byeol, tangan aku tak bedung untuk jaga budak. Kurang asam!
"Ala papa ni bagi statement macam tu pulak" Byeol mencebik.
"Byeol peganglah adik tu. Tengok dia, dari tadi gelak je bila Byeol main dengan dia. Huhu" Soobin juga hanya pasrah dengan keakraban dua beradik itu.
"Tengok tu pa, omma dah approve" kata Byeol, bermain dengan adiknya.
"Sudah! Jangan asyik nak bertekak! Kamu duduk sini. Kesian pakcik photographer tu tunggu kita punyalah lama nak ambil gambar" nenek sekali lagi mencelah.
"Entahnya. Orang dah lah sibuk ni" sokong noona pula.
"Amboi akak.. haritu dia dengan Byeol yang beriya-iya nak ambil gambar family siap prank kitaorang lagi datang sini. Sekarang ni akak pula yang gesa-gesa kenapa?" soal aku, sengaja cari pasal.
"Ei mulut! Nanti akak lumur dengan cili, satu minggu tak makan!" ugut noona.
"Tak takut" aku mempersendakan noona lagi.
"Sudah! Pandang kamera! Kesian cucu-cucu aku Seojun dengan Heejun! Dari tadi tak habis habis menguap!"
"Ntahnya, rosak mekap kita" protes Heejun.
"Heejun ah" tegur Seojun.
"Byeol nak jadi abang macam Seojun, karisma habis!" Byeol teruja.
"Dah sedia?" soal photographer di hadapan kami buat kali ke tiga.
"Sedia!" serentak kami menjawab.
"Say kimchi~"
"Kimchi~!"
KLIK!

YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY