23

56 22 0
                                    

23

Hoseok POV

"Aku tak sangka kau boleh cakap macam tu" meletus ketawanya.

"Dah habis tu?" Balas aku dengan nada jengkel.

"Haih, kau ni. Kalau macam ni lah, macam mana mama nak terima budak tu sebagai menantu dia. Sebab budak tu je kau dah mengaku macam masuk syaitan" dia menggelengkan kepalanya.

"Alah bang, saya tak boleh kawallah masa tu. Abang tahu jelah kan kalau papa yang handle cara hidup anak dia macam mana" aku mengeluh.

"Oh, ni nak perli abang ke?" Soalnya, berkerut.

"Tak"

"Apapun, cerita kau ni buat aku sakit kepala. Tuang" dia menghulurkan gelas.

Terus aku menuang minuman keras ke dalam cawan tersebut.

"Habis tu? Dah terlepas. Tak boleh nak undur balik. Serious, saya pun rasa macam saya melebih" aku pula meneguk minuman keras.

"Rasa je? Kau memang dah melampau lah Seok" marah akak yang tiba-tiba muncul di balik pintu.

"Eunsoo ambilkan abang selimut" arahnya.

"Ei, tak nak! Nanti berbau" jawab akak.

"Alah, ambillah kain ke apa, suami kesayangan awak ni sejuk" abang iparku memeluk diri sendiri.

"Ish, baru ingat nak duduk" noona terus masuk ke dalam.

"Habis tu macam mana ni bang?" Soal aku selepas akak masuk ke dalam.

"Macam mana apa? Esok kau balik, pergilah minta maaf" balasnya ringkas.

"Okay" balas ku kemudian meneguk lagi air minuman keras itu.

+

Malam sudah lama menyelubungi langit yang luas di atas aku namun aku langsung tak dapat nak melelapkan mata.

Aku mencapai telefon dan membuka gallery bagi melihat semula memori lama bersama Young Shim dan Geum Byeol.

Aku tersenyum sendiri. "Saya rindu awak"

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now