Hoseok POV
aku memandang noona yang sibuk melayan pelangan. kemudian aku mula bosan dan berjalan di hadapan kedai tanpa rasa sedikit pun serba salah atas perbuatan aku pada mama.
entah, aku sendiri tak tahu kenapa aku marah betul dengan keputusan mama.
mama selalu macam tu, nak ambil perhatian papa menggunakan aku.
dan papa pula, melebihkan aku sebab aku ni hanya seorang anak lelaki dia. masa sebelum papa tak terima noona sebagai sebahagian daripada keluarga ni, papa lebih sayangkan aku daripada noona sebab aku lelaki.
tak guna betul. buat sakit hati aku je. walau macam mana pun aku gagal dalam pelajaran, gagal dalam perkara yang mencerahkan masa depan, papa tetap melebihkan aku. sebab? aku ni seorang lelaki.
lagipun, walau macam mana bodoh sekali pun aku ni, kerja dekat syarikat papa berlambak.
tapi, yang banyak tu tempat kerja kerani. kerani yang siang malam pagi petang tinggal keluarga pun papa jarang naikkan gaji, lagi pula nak naikkan pangkat.
aku rasa macam dunia ni penuh dengan ketidakadilan yang melampau. maksud aku, kenapa tak boleh je kesenangan yang aku dapat hari ni aku bagi dekat orang lain?
kenapa setiap kali aku nampak budak sekolah baju kotor masa dulu-dulu aku tak boleh tolong diaorang?
kenapa setiap kali aku cerita berkenaan mereka pada mama dan papa, mereka digelar sampah yang tak layak untuk ada apa-apa?
aku benci semua yang aku ada sekarang. sebab kesenangan aku, kebaikan aku, semuanya kesempatan daripada keburukan dan kekurangan yang lain.
dan sebab tu, aku asyik membenci, pada benda yang patut aku sayangi.

YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY