8

126 33 83
                                    

Hoseok POV

Aku menggenggam erat kedua-dua tangan mereka bagi melintasi jalan raya yang agak sibuk ini.

Geum Byeol nampaknya terlebih teruja dengan apa yang berlaku selepas ini. Yelah, bukan salah dia untuk tidak pernah menjejak kaki di perarakan krimas di sini.

"Abang! Eh, tak, tak. Papa! Byeol nak tengok rusa!" Byeol ketawa riang.

Sekejap. Dia panggil aku apa tadi?

"Byeol ah" tawa Young Shim meletus.

Terus sahaja muka aku merah padam. Tetapi di sebabkan aku ini seorang lelaki sejati, aku melutut di hadapan Byeol bagi menyamakan ketinggian kami. "Okay, tapi papa bukan boleh bagi Byeol tengok rusa je. Makhluk-makhluk magis pun sama."

Nampak sangat muka Young Shim sedang menahan malu. Aku tertunduk dan ketawa. Kemudian aku menyerabaikan rambut Byeol.

"Alah! Apa papa ni! Penat mama sikat rambut Byeol!" Marah Byeol.

"Alah, tak penat pun mama sikat rambut Byeol yang macam cendawan tu" sengaja aku menyakat.

"Dah jom... Nanti ramai orang susah pula kita nanti" Young Shim cuba mengelak daripada menjadi semakin malu dan menolak kami berdua masuk ke tempat perarakan.

Apabila mendapati terlampau ramai orang yang berada di sini, aku terus mendukung Byeol di atas bahu aku.

"Tingginya!" Jerit Byeol apabila punggungnya mendarat di atas bahu aku. "Eiii kelimumur!" Jeritnya lagi selepas bermain dengan rambutku.

"Ish, tak baiklah Byeol" tegur Young Shim apabila melihat ramai yang memandang ke arah kami.

"Ish, mana boleh ada kelimumur! Rambut papa rambut paling cantik antara kawan-kawan papa!" Aku mencebik, kononnya merajuk.

"Alah papa ni... Byeol gurau jelah" Byeol memeluk kepala aku. " Janganlah marah" sayu sungguh dia melafazkan ayat itu.

"Ish, apa ni? Janganlah sedih. Kita datang sini nak gembira, bukan nak sedih" aku mencubit pipi Byeol menggunakan tangan kiri.

"Papa tak marah Byeol kan?" soalnya penuh berharap.

"Tak" balas aku ringkas.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now