Hoseok POV
"Ma, Seok nak tanya mana sesuatu ni" aku memandang mama yang berwajah seperti makcik-makcik poyo yang lain. Dengan kaca mata kebawah. Lipstick merah menyala. Kedutan wajah berseri-seri
"Apa dia?" Soal mama, memandang ke arahku dengan kening terangkat satu.
"Kalau Seok cakap Seok dah ada pilihan hati, mama okay tak?" Soal aku penuh debaran.
"Mama okay kalau.." ni yang aku tak suka nak dengar ni. "Dia betul-betul boleh beri kebahagiaan buat Seok" kata mama.
Aku terus termangu. Tak sangka pula mama akan cakap macam tu.
"Ma, mama biar betul?" Soal aku, meminta kepastian.
"Apa yang tak betulnya? Mama dah muak tengok muka kamu hari-hari dekat rumah" balas mama selamba.
"Terima kasih, ma. I love you" aku menunjukkan seberapa banyak hearts yang aku mampu.
"Tapi, sebelum tu.." tambah mama. "Siapa perempuan tu? Dia kerja apa? Tinggalkan kat mana?" Soal mama bertubi-tubi.
"Nama dia Young Shim. Dia kerja pelayan kat satu restoran ni. Dia tinggal dekat apartment sebelah sekolah tu" balas aku bersungguh-sungguh.
"Pelayan? Apartment sebelah sekolah tu?" Mama sudah mula dengan perangainya. "Maksudnya, dia tak ada harta? Bukan anak jutawan? CEO? Heol" mama menyisip rambutnya ke belakang telinga.
"Mama, kan Seok dah cakap. Seok tak akan pilih orang berada" tegas aku. Aku rasa sudah berapa kali aku ulang benda yang sama pada mama.
"Okay, kalau macam tu cuba Seok tunjuk kat mama gambar perempuan tu. Sekurang-kurangnya penampilan dia boleh sejukkan hati mama" kata mama sambil mengurut dadanya.
Terus sahaja aku mengeluarkan telefon canggih milikku dan menunjukkan gambar Young Shim.
"Cantik juga" komen mama. "Mama suka, dia nampak feminine dan keibuan. Muka dia lembut dan ayu. Tapi... Siapa budak ni?" Soal mama menunjukkan gambar selfie aku, Byeol dan Young Shim.
Aku menelan liur, terkedu tidak tahu apa yang patut diberitahu.

ANDA SEDANG MEMBACA
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
أدب الهواة[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY