Geum Byeol POV
Aku duduk di atas kerusi di hadapan katil dimana papa terbaring. Setelah tujuh tahun merindui papa aku terasa seperti sudah terbiasa apabila dia tiada. Papa kini tidak lagi memerlukan bantuan wayar dan alat bantuan pernafasan kerana keadaannya stabil. Sejujurnya, aku masih keliru kenapa papa tidak buka mata lagi kerana kepalanya langsung tidak tercedera semasa kejadian itu.
Aku mengenggam tangan papa dan menciumnya. Aku tersenyum kerana sekurang-kurang papa sedang berjumpa dengan mama dan tidak meninggalkan aku di sini keseorangan.
Aku amat berharap, kami dilahirkan semula sebagai satu keluarga yang sangat bahagia tanpa apa-apa kacau bilau. Aku mahu satu kebahagian dimana aku tidak perlu melihat papa dan mama dibelenggu masalah keluarga yang begitu berat seperti yang mereka lalui dahulu.
Air mata aku mengalir namun aku mengelapnya menggunakan telapak tangan aku. Aku mahu menjadi seorang lelaki yang tabah. Sama seperti papa.
Nenek yang berada di sofa yang terletak di hadapan katil papa tersenyum melihat aku. Nenek bangkit dari duduknya dan berdiri di belakang aku.
"Byeol sabar ye. Papa kamu ni takkan apa-apa" nenek mengurut bahu aku perlahan.
"Byeol okay lah nek" balas aku dengan senyuman yang sedih. Namun senyuman ini bukan sesuatu yang dibuat-buat untuk menyenangkan hati nenek tetapi aku memang redha dengan ketentuan tuhan kepada papa.
Tangan aku mengenggam tangan pala terasa seprti bergerak. Aku memandangnya kerana begitu terkejut.
"Papa!" aku terjerit kecil kerana terkejut tangan papa bergerak dan juga anak mata papa.
Punat untuk memanggil jururawat terus sahaja aku tekan dan nenek terus berlari ke sebelah katil yang lagi satu.
Papa perlahan-lahan membuka matanya. Dia memandang nenek kemudian aku.
"Geum Byeol, anak papa" air matanya tumpah ke bantal. Aku memeluknya.
"Papa! papa!" Aku menangis sehingga hingus mengotori baju papa, aku terbatuk-batuk dan sedu tidak berhenti.
"Besar dah anak papa seorang ni" ayat papa membuatkan aku betul-betul lega.

YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY