Hoseok POV
"kenapa ada parut pada dada tuan?"
soalan itu membuatkan aku berhenti bermain dengan anjing yang berada di hadapan aku ini. bagaimana dia mengetahui tentang parut itu? sudah semestinya aku ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang hal ini kerana itu merupakan rahsia yang aku simpan daripada keluarga aku sendiri. sedangkan diri aku juga tidak boleh terima kenyataan tentang keberadaan parut itu.
"aku.. kemalangan" satu penipuan yang logik akal diberikan kepadanya. nampak sangat aku menipu namun aku biarkan sahaja.
"tuan muda, kalau tuan ada apa-apa masalah, tuan boleh beritahu saya. manalah tahu, saya dapat bantu tuan?" dia tiba-tiba menawarkan pertolongan.
aku sebenarnya amat memerlukan pertolongannya. namun selepas apa yang terjadi pada young shim dan jimin, aku rasa aku tidak perlu mengorbankan seorang lagi nyawa demi kebahagiaan aku. bukankah satu nyawa lebih baik dikorbankan berbanding dua?
"tuan muda, saya tahu tuan sangat-sangat memerlukan perkhidmatan saya dan saya sejujurnya tidak suka dengan keadaan begini. kita pernah menjadi rapat dan tuan juga banyak membantu saya. saya harap tuan dapat menunaikan hasrat saya untuk membantu tuan keluar daripada masalah yang membelenggu tuan sekarang" sekali lagi dia cuba memujuk.
"kau memang suka cakap panjang-panjang kan?" aku bangun dari duduk dan tersenyum kepadanya.
"terima kasih atas pelawaan tu tapi aku tak perlu satu lagi nyawa tak bersalah mati di tangan papa. lagipun, tempat kerja kau, keluarga kau, rakan-rakan kau yang sentiasa mendampingi kau masa kau jatuh dalam hidup kau, mereka semua lebih memerlukan kau daripada aku" aku menghela nafas.
"masalah yang menimpa aku ini takkan dapat kau tandingi. lebih baik kalau kau menaburkan bakti daripada mati katak di kawasan pembuangan sampah" aku terpaksa berkasar dengannya.
"serius, aku sangat-sangat berterima kasih dengan layanan kau. tapi maaf, aku tak mahu kau dan keluarga kau yang bahagia ni jadi mangsa keganasan tak bermoral papa" aku tersenyum hiba.

YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY