17

60 26 8
                                    

Hoseok POV

"Papa nak kamu kahwin cepat dengan idaman hati papa" tegas papa membuatkan aku memandangnya kaku.

"Mama kamu dah tunjuk perempuan yang kamu suka sangat tu" tambah papa lagi.

"Kamu rasa papa suka tak budak tu?" Soal papa sambil menjungkit kening.

Aku menunduk selera aku mati. Aku benci papa setiap kali papa turun ke meja makan. Ada sahaja perkara yang tak munasabah yang kami akan bincangkan.

"Tak" balas aku pendek dan perlahan.

"Habis tu? Kamu nak malukan papa ke?" Soal papa, dengan nada sarkastik.

"Tak" aku masih membalas dengan suara yang amat perlahan.

"Papa dah setuju dengan president Kang untuk kahwinkan kamu dengan anak buahnya" akhirnya, papa berterus terang.

"Tak nak" buat pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku melawan cakap papa.

"Apa?!" Papa menghentak meja membuatkan aku sedikit ketakutan.

"Seok dah cakap dengan mama, Seok tetap akan bersama dengan Shim!" Tegas aku, apabila akhirnya dapat bersua muka dengan papa.

"Kamu jangan nak jadi anak durhaka!" Bentak papa sehingga pinggannya jatuh dan berderai.

"Sudahlah papa! Sudah! Seok dah cakap berjuta kali, soal jodoh biar Seok yang urus sendiri" berkerut dahi aku dibuatnya.

"Papa tak kira. Kamu hidup sebab papa! Jadi kamu kena dengar cakap papa!" Papa mula berdiri di atas kaca yang bertaburan.

"Pa, soal hidup mati biarlah tuhan yang tentukan! Soal jodoh Seok pun biarlah tuhan yang tentukan!" Aku membentak.

"Kamu anak kurang ajar!" Papa terus mengangkat tangannya dan tepat terkena muka aku.

"Sampai mati pun papa takkan benarkan kamu bersama dengan perempuan tak guna tu!" papa memandang ke belakang dan terus pergi ke biliknya.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang