68

36 8 2
                                    

"makcik, betul ke apa yang saya dengar tadi?" kini aku dan keluarga namjoon berada di ruang tamu, membincangkan apa yang diberitahu oleh namjoon sebentar tadi.

"betul tu hoseok sshi, sudah enam tahun namjoon tinggalkan kami disini. tapi tiap-tiap bulan adalah sedikit pendapatan yang dapat membiayai kami sekeluarga. seperti yang kamu tahu, pakcik kim kamu tu, lepas berhenti berkhidmat sebagai driver keluarga kamu, dia sekarang bekerja sebagai pemandu teksi. tambahan lagi dengan pemandu uber yang semakin ramai, makcik sangat bersyukur sebab namjoon ada perkerjaan tetap seperti sekarang" makcik kim kelihatan seperti berat hati bercerita.

aku memandang namjoon dan entah kenapa dia menggelengkan kepala. "tuan, saya rasa sudah tiba masanya" namjoon kemudian duduk berhadapan dengan ibunya.

"mak, joon tahu joon banyak salah dengan mak. joon juga tahu joon banyak susahkan mak sepanjang hayat joon. tapi joon nak mak tahu satu perkara yang joon sayang sangat kat mak. joon harap, mak dan ayah tak marahkan joon lagi" namjoon terus sahaja memeluk maknya. kedua-dua mereka menangis pilu.

aku yang berada di situ turut terasa hiba dengan keakraban keluarga namjoon walaupun aku tahu ikatan mereka renggang kerana perilaku ayahnya pagi tadi yang melayan aku dengan baik tetapi langsung tidak mempedulikan namjoon.

tetapi jauh disudut hati seorang bapa, sudah tentu mereka menyayangi anak mereka lebih dari nyawa mereka sendiri. tanggapan aku, mereka sudah tahu bahawa namjoon terjebak dengan perkara sebegini. perasaan marah dan kecewa terhadap seorang anak yang genius tetapi kehidupan bagai seorang pelarian sudah tentu meruntunkan hati seorang bapa. sudahlah pakcik kim itu terkenal dengan sifatnya yang serupa malaikat.

"joon, jangan lupa makan nak, jaga kesihatan kamu, jangan paksa diri sangat. yang paling penting, mak mahu minta satu daripada kamu, tolong balik ke pangkuan mak sayang. mak akan tunggu seberapa lama sekalipun. kamu mesti kembali pada mak" mendayu tuturan itu keluar dari mulut si ibu. 

aku pula entah kenapa, sudah terhinjut-hinjut bahu kerana menangis mengingati mak aku yang berada di rumah, risau keberadaan aku. oh tuhan, betapa berdosanya aku memperlakukan semua ini tanpa ihsan ibu.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now