Hoseok POV
"Tapi ma, Seok betul-betul sayang kat diaorang" tegas aku.
"Disebabkan janda tu Seok sanggup tinggikan suara pada mama? Perempuan tu memang bawa malang pada mama" marah mama.
"Tolonglah ma, tolonglah. Seok nak jadi papa kepada Byeol" aku merayu.
"Mama tak kisah pasal semua tu Seok! Mama dah cakap tak boleh! Mana mama nak letak muka kalau Seok kahwin dengan perempuan macam tu?" Soal mama.
"Perempuan macam mana?" Soal aku kerana agak bengang dengan pernyataan mama.
"Perempuan murahan! Gila seks! Sekarang dah jadi ibu tunggal bukan ke sepatutnya tanggung sendiri?!" Tengking mama.
"Mama, kalau betul Young Shim perempuan murahan, perempuan anak CEO yang mama suka sangat tu jauh lagi murah dari Young Shim! Dia lagi gila seks! Dia buat seks sebelum dia sah berkahwin! Tapi Young Shim dah kahwin! Dia bukan macam yang mama cakapkan!" tegas aku.
Mama terpempan di hadapan aku. Sebenarnya, mama tak pernah tahu pasal perempuan tu mengandung.
"Mama tahu tak betapa sakitnya hati Seok bila mama paksa Seok jadi kambing hitam walaupun mama tak tahu?" Muka aku merah. Hati aku sakit.
"Tolonglah ma, nak buat apa isteri Seok kaya-raya, harta melimpah kalau Seok dapat tanggung semua pendapatan?" Aku cuba berlembut.
"Ahhh, mama tak kira! Mama tetap tak suka perempuan tu dan mama tak akan restu hubungan kamu!" Jerit mama di hadapan muka aku.

YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY