"jadi sekarang kita nak ke mana?" namjoon memberhentikan kenderaan pacuan empat roda itu apabila lampu isyarat bertukar merah pada simpang empat jalan raya besar yang menghubungkan jalan diantara dua bandar besar di seoul.
"kau sepatutnya lebih tahu" aku membalas, memerhati sahaja jalan raya yang sarat dengan kenderaan-kenderaan yang menggeluarkan asap karbon monoksida itu. fikiran aku pula asyik teringat perihal apa yang telah berlaku di rumah namjoon sebentar tadi.
"kalau macam tu, kita terpaksa pergi ke tempat persembunyian saya dulu." namjoon menekan pedal minyak apabila lampu isyarat bertukar warna. "tapi, saya nak beritahu tuan supaya perjalanan kita lancar nanti. kita akan bertukar kereta tiga kali" pernyataan namjoon membuatkan aku terkejut.
"kenapa pula?" aku terus bertanya. bagi aku, pertukaran kereta sebanyak tiga kali itu sudah melampau.
"guem byeol berada terlampau jauh dari sini dan kita diburu. nombor plat kereta boleh dengan mudahnya di track oleh polis trafik melalui kamera CCTV yang berada di mana-mana. walaupun semuanya merupakan nombor plat palsu, tetapi mereka masih boleh track kita secara manual" namjoon kita berpusing ke arah kiri dan masuk ke dalam sebuah bangunan pejabat. namjoon kemudiannya menaiki pusaran naik ke atas tempat parkir sehingga tingkat paling atas yang sangat sunyi.
"kau sembunyikan van disini?" kata aku, keluar dari kereta namjoon yang diparkir begitu jauh dengan beberapa buah van yang diparkir di hujung tempat letak kereta itu.
"dengan menggunakan van, lebih mudah untuk memasuki sempadan bandar. saya sudah penuhkan belakang van dengan barangan keperluan dan kotak-kotak yang kosong. ditengah -tengah kotak ada tempat tidur" kami sampai ke depan van dan dia membuka kunci van. aku pula tercenggang dengan perlakuan dia.
"masuklah" namjoon yang masih belum menutup pintunya menyuruh aku masuk dan aku terus menuju ke tempat duduk bersebelahan pemandu.
"berapa kali kau buat perkara macam ni?" soal aku, masih terkejut.
"banyak kali juga. tetapi sebelum ini semuanya dengan jimin" namjoon tersenyum dan terus meluncur laju keluar dari tempat ini.
YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY