Hoseok POV
"jadi, mana duitnya?" soal lelaki yang lebih dikenali sebagai jimin, juga berada di hadapan aku sekarang.
"nah" segera aku menyerahkan beg berat yang dari tadi aku pegang.
dia membuka beg dan memandang sekilas isi di dalamnya.
"puas?" soal aku, aku jengkel dengan perangainya yang bagi aku kurang sopan.
"jadi, kau nak aku buat apa? yoon hyung cakap kau nak hack sistem operasi J Corporation" jimin membaling suitcase yang telah di tutup semula ke atas sofa kemudian mengambil tempat duduk di hadapan aku.
"apa yang kau nak tahu? sumber duit keluar masuk? isuran perniagaan?" jimin membelakangkan rambutnya.
"aku nak kau cari semua petempatan di bawah nama j corp dan ahli yang terlibat" aku berkata serius.
"semua sekali, termasuk yang ada di luar dan dalam negara?" soal jimin, tersenyum senget.
"haah, atas semua nama yang ada kena-mengena dengan jawatan tertinggi J Corp"
"termasuk bakal isteri kau? ahli keluarga dia?" jimin memandang aku tajam.
"itu je cara aku nak cari orang" balas aku, menyilangkan kaki selepas duduk bersandar.
"siapa yang kau nak cari ni?" soal jimin, membuka semua alatan di hadapannya.
"Kang Young Shim, 28"
"kekasih kau ke?"
"lebih kurang"
"kau tak nak tahu latar belakang dia?"
aku terkedu. perasaan ingin tahu tu mesti ada.
"macam ni, aku cari dulu apa-apa tentang dia. lepas tu, kalau masa tu kau nak tahu, kau datang cari aku. aku bukan kejam sangat nak ambil duit sebanyak tu untuk kerja semudah ni" jimin mula menaip sesuatu pada papan kekunci.
"kau memperlekehkan aku ke?"
"tak, sebab standard harga aku bagi pada pelanggan adalah harga yang aku bagi pada kau"
"kalau macam tu, aku nak semua maklumat yang kau cakap kat aku tadi. semua sekali"
"kerja mudah"
"jangan perlekehkan sangat sistem J Corp" aku tersengih.
"kau pasti?" dia tersenyum apabila akhirnya memandang ke arah aku.

YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY