Hoseok POV
Namjoon memarkirkan keretanya di hadapan bangunan megah ini. Setelah dua kali aku terpaksa bertukar kereta kerana mahu mengejar kereta berjenama yang membawa byeol itu, akhirnya aku sampai ke sebuah destinasi yang acap kali kujejaki.
aku keluar daripada kereta bersama namjoon dan secara kasualnya masuk ke dalam bangunan itu menggunakan pintu masuk utama. pengawal yang berkawal langsung tidak kisah tentang keberadaan aku disitu kerana selalu melihat aku dan dia masuk ke dalam pejabat miliknya.
masuk sahaja, terus aku menuju ke arah lif yang berada agak jauh. namjoon hanya mengikut aku dengan rapat. entah kenapa, dia seperti lebih berjaga-jaga berbanding sebelum ini. sesampainya aku di hadapan pintu lif, punat atas kutekan dan aku berdiri sambil memasukkan tangan ke dalam kocek seluar sebelum aku diciut oleh namjoon.
"saya rasa lebih selamat kalau kita naik tangga" saran namjoon. aku hanya berkerut tanda keliru. "tuan, kita sedang masuk sarang serigala. belum sempat kita jumpa anak tuan, badan saya akan dilapah dahulu" tangannya menggigil namun reaksi mukanya masih serius seperti tadi kerana dia cuba berlagak untuk menjadi pengawal peribadi aku.
aku hanya mengangguk kepadanya dan berjalan pantas ke pintu laluan kecemasan dimana tangga berada. satu-satu anak tangga aku daki dengan penuh kesabaran. sampai sahaja di tingkat lima, aku duduk pada salah satu anak tangga dan mengeluh.
"menyesal aku ikut kata engkau. stamina aku bukannya adapun. nak naik sampai tingkat 30 pakai kaki? memang pengsanlah jawabnya aku kat tengah-tengah jalan ni nanti" aku mencemik, tanda protes.
"tuan bersabarlah. saya lebih rela kalau tuan pengsan kerana kepenatan daripada pengsan lihat badan saya dikerat-kerat" namjoon duduk di sebelah aku.
tiba-tiba pintu kecemasan yang berada di sebelah kami terbuka perlahan dan seorang manusia yang amat aku kenali menegur, "tuan jung, saya datang untuk eskort tuan."
"kim taehyung? kau buat apa kat sini?"
YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY