27

45 15 6
                                    

Young Shim POV

Aku memandang langit biru dari balkoni besar villa yang tiba-tiba menjadi milik kami.

Baru semalam kami dipindahkan oleh tuan Jung, ke dalam Villa miliknya.

Villa ni besar, tapi malangnya sunyi. Geum Byeol yang semalam hanya mengucapakan 'wahh' , hari ni terlelap sepanjang masa kerana bosan.

Aku tak faham kenapa semua jadi macam ni.

Aku berjalan ke arah meja belajar. Surat daripada tuan Jung aku tatap lama.

Aku akhirnya mengumpulkan keberanian diri untuk membaca isi yang terkandung di dalam surat itu.

Kehadapan yang berbahagia puan Kang Young Shim,

Saya ingin memberikan amaran kepada puan supaya tidak mendekati anak saya, Jung Ho Seok, yang kononnya mencintai puan.

Seperti yang puan ketahui juga, kami, kedua-dua ibu dan bapa Hoseok amat menentang percintaan kamu berdua.

Sebagai ganti, kami memberikan rumah ini kepada kamu serta sejumlah wang bagi menampung hidup puan dua beranak.

Sekian daripada saya,
Jung Jin Woo
Chairman of J Corporation.

"Kenapa mesti kejam sangat? Apa salah kami mencintai antara satu sama lain. Apa salahnya kalau saya menumpang kasih yang sudah lama ditinggalkan seperti sampah kepada orang yang ingin menjadi pelindung kepada saya? Kepada anak saya?" Aku menangis. Dada aku sakit, hati aku ngilu.

Sampai hati seorang manusia berbuat macam ni. Kenapa? Hina sangat ke seorang perempuan seperti aku?

Aku memandang geum byeol yang nyenyak diulit mimpi.

"Maafkan mama sebab dah cintakan Hoseok" aku terus menangis.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang