Hoseok POV
Aku menghempaskan badan aku ke atas katil. Agak penat selepas seharian bekerja di pejabat tanpa henti. Kadang-kadang atau cemburu dengan Yoongi hyung.
Walaupun dia bekerja pagi petang siang malam, tapi sekurang-kurangnya dia bekerja pekerjaan yang dia minat. Dah lama dia bercita-cita menjadi seorang komposer dan producer.
Aku pula, menjadi seorang penari tak bertauliah.
Pernah sekali, aku menjadi backup dancer dalam salah satu music video Yoongi hyung. Tapi disebabkan mama dapat tahu, terus sahaja disuruhnya Yoongi delete mv tu.
Akhirnya, hanya audio sahaja yang boleh dicari di dalam internet. Penat aku berlatih menari.
Apapun, aku mencapai telefon bimbit aku dan menatap gambar wallpaper phone aku. Aku tersengih sendiri.
Gambar aku, Young Shim dan Geum Byeol jelas terpempang di hadapan muka aku. Aku tersenyum suka. Aku mengeliat kecil.
Ppak
Muka aku terasa panas. Handphone aku telah mendarat betul-betul di atas muka. Aku merampas telefon dari atas muka Dan mencampakkannya.
Tak guna punya phone.
Aku merengus dan keluar dari dalam bilik. Terus sahaja aku keluar daripada dalam bilik, terlihat mama sedang tercegat di hadapan pintu bilik papa.
Ya, parents aku duduk bilik asing. Kenapa? Ada masalah?
"Masuk jelah ma, takde makna papa nak marah" tegur aku. Mama agak tersentak.
Mama meneguk liur. Tangannya tidak berhenti mengeletar.
"Suka hati mama lah" balas aku, terus turun menuju ke bawah.
Di tingkat bawah, terus sahaja aku menuju ke arah dapur dan menjamah sedikit air dari water filter.
Mata aku melilau ke seluruh ruang dapur yang luas ni.
'apa yang aku buat kat sini?'

YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY