Hoseok POV
Aku masuk semula ke dalam kereta namjoon. Pintu kereta dihempas kasar menyembabkan lelaki itu terkejut.
"Tuan okay?" Soalan pertama yang keluar daripada mulutnya membuatkan aku berang.
"Kau ada nampak aku macam okay ke?!" Aku menjerit kepadanya. Sesungguhnya aku begitu marah dan kecewa dengan apa yang telah terjadi.
Namjoon mendiamkan diri kerana tidak mahu dimarahi lagi. Mungkin kerana dia tidak mahu menambahkan lagi minyak ke dalam api yang membara.
"Aku.. aku.. aku.." pernafasan aku tidak stabil. Aku memejamkan mata. Setitik air mata keluar dari mata kananku. Mukaku terasa panas. Kepalaku sakit seperti baru sahaja dipukul oleh seseorang.
Aku menumbuk dashboard kereta dengan kuat. Kemudian menundukkan kepalaku dan menumbuk dashboard itu lagi berkali-kali sehingga tanganku berasa kebas. Air mata mencurah-curah keluar dan aku mengeluarkan bunyi tangisan secara tidak sengaja.
"Kenapa? Kenapa?! Kenapa penantian aku selama setahun menjadi sia-sia?!" Aku menjerit lantang dan sekali lagi menumbuk dashboard yang tidak bersalah itu.
Aku menangis, terkenang segala kenangan manis aku bersama dengan kekasih hatiku, yang kini sudah jauh meninggalkan aku di sini penuh derita. Walau sejauh manapun aku menggapai tangan ke langit, takkan tercapai dirinya yang kian jauh meninggalkan aku. Aku sendiri akan dimamah oleh rindu dan aku pasti aku akan terkapai-kapai mencari kasihnya semula.
Aku dikhianati, walaupun perasaan ini lebih kepada luka rindu yang aku rasakan seperti tidak akan luntur dek masa yang pantas meninggal mereka yang berhenti kerana lelah.
Belaian kasih yang membuatkan aku termimpi-mimpi, panggilan sayang yang menyebabkan penat hilang setiap kali angin menderu menyapa kulit, pelukan hangat yang sentiasa menyelamatkan aku daripada curam kehidupan, semuanya telah hilang.
Namun, aku perlu tabah. Kerana di setiap lautan bergelora terdapat cahaya mentari yang memaksa dirinya melawan kuasa angin dan kekuatan awan untuk memberi harapan kepada umat manusia. Aku, perlu cari cahaya itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
ספרות חובבים[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY