Geum Byeol POV
aku mengangkat anak anjing yang diberi nama Mang oleh papa tadi. pelik? memang pelik. tapi papa yang beria-ia nak namakan dia Mang. warna dia putih, bulu dia penuh. kecomelan dia, tak payah cerita. comel sangat. papa kata dia sejenis anjing eskimo amerika. entah macam mana boleh sampai korea.
baru sahaja habis membasuh bulu-bulu mang di dalam bilik air, dia keluar dari dalam bilik air dan terus mengoyangkan seluruh badannya untuk mengeringkan badannya dan terus sahaja dia melarikan diri, masuk ke dalam selimut aku. mesti dia kesejukan.
"mang, mari sini, aku lap badan kau" mang hanya memandang aku kosong tanpa reaksi.
"mang, marilah sini" panggil aku lagi. bukan mudah untuk aku berputus asa.
"mang~" kali ini, aku memanggilnya sambil merengek.
dan taktik aku berjaya. mang akhirnya datang rapat dengan aku, membiarkan sahaja tuala yang aku pegang bersentuhan dengan kulit dan bulunya.
"mang nak makan apa?" soalan aku ajukan walaupun aku tahu tidak akan ada jawapan yang akan diberi.
"hmm, tadi papa ada keluar beli barang dapur. agaknya, papa ada belikan makanan untuk kau tak?" soal aku lagi.
entahlah, aku rasa sangat bahagia bila aku melihat ang yang sibuk bermain masuk keluar dengan tuala yang aku pakai untuk mengelap tubuhnya tadi. bagus juga akhirnya aku mempunyai kawan yang setia seperti mang.
YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY