88

35 10 0
                                    

Hoseok POV

"Terjun bangunan? Bagaimana?" soal aku kerana setiap tingkap yang ada langsung tiada lubang untuk aku tembus lalu menjunamkan diri kebawah. Aku beruntung kerana boleh menjadikan perkara itu sebagai satu alasan untuk melengahkan Taehyung yang tidak waras itu.

"Tepat sekali" Taehyung tersenyum senget.

"Kau takkan dapat membalas nyawa budak ni. Bila aku tengok budak ni sebagai anak kau, bagaimana korang hidup bahagia di kepulauan tu sedangkan aku dalam keadaan huru hara hanya disebelah dinding rumah kau, aku mahu bunuh budak ini secepat yang mungkin. Tapi kebaikan yang ada pada Youngshim membuatkan aku teringat pasal omma jadi aku perlu alihkan dia dulu daripada laluan aku. Tapi, aku tak boleh melakukannya dengan tangan aku. Lelaki tak guna yang pernah dicintai perempuan bodoh tu sanggup membunuhnya hanya kerana seorang anak yang pada mulanya dia tidak mengaku kepunyaannya. Sekarang, aku sudah bersedia membunuh kamu semua" 

"Kau takkan dapat lakukannya Taehyung" kataku sambil mata aku melihat sahaja pasu bunga yang diangkat oleh papa dibelakang Taehyung.

Papa terus sahaja menghantukkan pasu bunga itu sehingga pasu itu pecah. Tanah bertaburan di sekitar Taehyung. Byeol terlepas dan noona segera mengambilnya dan mengalihkan dia jauh dari situ. Taehyung kekal berdiri namun perlahan-lahan titisan darah mula menitik keluar daripada luka akibat hentakan kuat pasu. Pisau yang berada di dalam genggamannya semakin kejap digenggam. 

Keadaan bertukar kelam dan diam. "Kau takkan me--" belum sempat aku menghabiskan ayat aku;

SHAK! SHAK! SHAK!

"PAPA!" noona meraung. Di hadapan matanya suatu kejadian luar biasa telah berlaku.

"PAPA!" noona meraung lagi kerana percikan darah papa terkena mukanya.

Aku kaget. Tidak mampu bergerak walau seinci. Geum Byeol yang kesakitan pula menutup mata rapat. Mendengar bunyi tusukan bertubi-tubi itu juga boleh menyebabkan trauma teruk buatnya.

"Kau.. dah.. hancurkan.. keluarga.. aku.. tak.. guna" setiap satu patah perkataan diselangi satu tikaman pada tubuh papa. 

Seokjin hyung juga tergamam melihat tindakan Taehyung yang begitu keterlaluan. Jungkook yang berada di sisi Seokjin tidak mampu melakukan apa-apa kerana dia memerlukan arahan supaya boleh bertindak maka di menutup mata rapat kerana tidak mampu lagi melihat pembunuhan kejam itu.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang