Hoseok POV
"papa terasa nak makan ais krim lah malam-malam buta macam ni. lama papa tak buat macam tu" aku membuka bicara. sejak daripada balik dari sekolah byeol, muka young shim nampak tegang dan risau. sengaja pula aku nak buat dia senyum. barulah cantik.
"byeol nak ikut?" soal byeol sambil memegang mang yang hampir terlena.
"tak payah.. papa pergi beli kat kedai depan tu je, kita duduk rumah. bahaya malam-malam macam ni" tegah young shim.
"bahaya? habistu? saya ni tak bahaya ke duduk kat luar sorang-sorang? dah lah sejuk, sunyi, kalau intan payung kasih permata hati saya ni temankan takpelah jugak. ni, asyik nak menjeling, mengeluh, bibir tu macam tak boleh nak panjang lagi dibuatnya" bebel aku.
"apa awak merepek ni seok?" sekali lagi dia menjuih bibir. "mestilah bahaya kalau awak sorang-sorang dekat luar sana tu, nanti kalau ada perempuan datang dari mana flirt dengan awak macam mana?" tambahnya lagi.
"hekeleh" aku tersengih.
young shim mula mengendeng-mengendeng kepalanya di atas bahu aku. "salah ke kalau awak hanya milik saya seorang?" dia bertanya perlahan.
merah muka aku dibuatnya. aku terkedu terus. byeol pula membuat muka derp sambil mendukung mang pergi dari ruang tamu. kedengaran bunyi tapak kaki kecilnya berlari, lalu bunyi pintu ditutup. aduhmak budak sorang ni.
"kenapa awak tak jawab?" soalan perangkap diberikan oleh young shim sebaik sahaja pintu pintu ditutup. kepalanya diangkat.
aku tersengih. "pandai anak kita seorang tu" puji aku tiba-tiba.
muka dia berkerut. aku lebarkan lagi senyuman yang semestinya mempunyai maksud tersirat.
bibirnya ku kucup sekilas. "lain kali, takmo merajuk gini" aku membalut lehernya dengan kedua-dua lengan aku, merapatkan kepalanya dan mencium bibirnya lama.
aku menolak badannya dengan badan aku, menyebabkan aku menghimpap dia lalu aku membenamkan kepalaku pada bahunya.
"awak ni mengada lah pulak" katanya membuatkan aku tertawa perlahan.
YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Фанфіки[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY