Hoseok POV
Aku merenung jauh ke luar tingkap kerana mahu melayan perasaan serba salah. Hilang ingatan? itu adalah apa yang semua orang fikirkan. Mungkin aku tidak dapat merasakan peredaran masa kerana sudah lama tidur di atas katil tidak empuk ini.
Aku hanya mampu tabahkan hati. Aku sengaja menipu tentang memori silam itu semua pun atas kebaikan semua. Aku tidak mahu melihat mereka yang sudah move on perihal itu terus terperangkap kerana aku yang baru sahaja memulakan hidup aku kembali.
Memori bersama papa aku cuba untuk mengingatkannya kembali. Bukan mudah untuk aku menelan segalanya yang papa sudah lakukan terhadap keluarga aku dan juga apa yang terjadi pada Taehyung. Kesalahan dia kepada mama sememangnya tidak boleh dimaafkan.
Pintu bilik aku dibuka. Kelibat Soobin memenuhi ruangan mataku. Aku tersenyum kepadanya. Walaupun bukan mudah untuk aku menerimanya, dia sanggup menunggu aku begitu lama.
Dia sudah mengatakan bahawa dia sememangnya tidak apa-apa. Dia tahu hati aku hanya kepada Young Shim seorang sahaja. Namun dia tetap bersungguh menjaga aku. Aku dapat lihat betapa cintanya dia kepada aku.
"Awak kenapa tak tidur lagi?" soalnya lembut, membuatkan aku teringat tentang Young Shim.
"Saya tak rasa macam nak tidur" aku menjawab.
"Boleh saya duduk sebelah awak?" soal dia lagi kerana masih tercengat di muka pintu.
"Apa salahnya" aku tersenyum kepadanya.
Melihat aku bagaikan suka dia berada di sisiku, dia terus sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi.
"Cantikkan bulan malam ni?" soal aku, kerana dia hanya mendiamkan diri.
"Awak tak marah saya?"
Aku memandang ke arahnya. Aku tersenyum dan menggeleng. "Selepas awak buktikan kepada saya yang awak memang jujur, kenapa saya perlu marah pada awak? Saya sendiri sebenarnya nak minta maaf dan ucap terima kasih pada awak. Macam mana teruknya saya pada awak, awak tetap jaga saya. Walaupun awak tahu yang saya tak boleh terima awak, awak tetap setia. Jadi, tak ada sebab kenapa saya perlu marah awak" aku sebak.
"Saya betul-betul minta maaf"
Ayat itu terus sahaja membuatkan dia menangis. Aku pula membelai perlahan rambutnya.
"Kita mulakan segalanya sekali lagi?"
YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY