Geum Byeol POV
Aku menatap muka mama yang dipenuhi darah, peluh dan air mata. Dari pendengaran aku yang kurang jelas, kedangaran mereka mengatakan bahawa mama sudah tidak lama dan tidak mampu bertahan. Aku juga keliru dengan keadaan sekarang. Aku akhirnya menutup mata, dan tertidur buat seketika.
-
Mata aku terbuka luas dan aku cuba untuk mengerakkan badan aku yang terasa begitu lemah. Memori pahit bersama mama aku ketepikan kerana semuanya bagi aku tidak nyata.
Doktor dan jururawat segera datang dan menyuruh aku buat macam macam. Aku hanya mengikuti memandangkan aku mahu berjumpa dengan mama secepat yang boleh. Aku juga ingin mengetahui perkembangan lelaki sialan itu selepas masuk ke dalam lokap.
"Mana mama?" Soalan itu perlahan sahaja aku tuturkan memandangkan suara aku serak dan susah mahu keluar.
Doktor yang merawat aku mengeluh dan mengeleng, "maaf, kami sudah lakukan yang terbaik."
Seorang jururawat menggosok belakang aku dan doktor itu segera keluar daripada wad aku. Sungguh tidak sangka malang sekali nasib aku.
"Saya nak jumpa mama" aku cuba menggerakkan seluruh badan aku namun aku langsung tidak dapat berganjak. Aku langsung tidak dapat rasa kaki aku.
Aku menark selimut dengan kasar dan mencampakkannya ke atas lantai. Jururawat itu sangat terkejut dengan tindakan aku dan menyuruh aku bersabar.
"Dengar sini, aku bukan budak lagi! Aku dah besar! Bagitau aku, mana mama! Kenapa kaki aku besar sangat? Kenapa papa tak ada dekat sini? Kami dah janji!" Aku meraung.
Fikiran aku berkecamuk. Aku mula memcabut segala dawai yang ada. Aku cuba menjatuhkan diri aku dari katil. Aku tahu aku gila. Tapi buat apa jadi waras kalau orang yang aku sayang dan kasih berpaling tadah daripada aku?
Doktor lelaki tadi datang semula. Kali ini dekat lebih ramai lagi jururawat lelaki. Mereka memegang aku dan menyuntikkan cecair pelik ke dalam badan aku. Tiba tiba sekujur tubuh aku berasa lemah dan tak bermaya. Aku hanya mampu untuk menangis sepuasnya sebelum aku tertidur dengan air mata kering pada kedua dua belah tubir mataku.

YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY