19

63 22 10
                                    

Hoseok POV

aku meramas rambut sendiri apabila berhenti pada lampu isyarat merah. agak jauh juga aku lari daripada rumah selepas menengking mama.

aku tahu aku bukan seorang anak mithali.

tapi sekarang, disebabkan aku terlepas cakap nama noona, aku nak jumpa dan mengadu kat dia segalanya.

young shim? tak kan lah pulak aku asyik nak buat dia risau? lagipun ni masalah keluarga aku. kalau dia tahu pasal apa yang papa nak buat mesti dia lagi risau dan tak yakin untuk menyayangi aku sepenuh hati dia. kan?

aku memecut laju ke arah satu kawasan terpencil di bandar ni. dan tempat tu terlampau suram dan bahaya untuk seorang perempuan. dan aku tak pernah faham macam mana noona boleh survive.

+

aku menolak pintu kedai runcit tu dan melilau ke seluruh pelosok. bau hapak membuatkan aku bersin.

"seok?" panggil satu suara yang aku kenal.

aku menoleh ke belakang dan melihat kakak aku yang berpakaian lusuh dan rambutnya lansung tak terurus.

"noona" aku memeluknya tanpa banyak kata.

noona terus membalas pelukan aku. dia mengosok belakang aku perlahan. dia lebih keibuan daripada mama dan aku sukanya.

"kenapa ni?" soal dia, suara sedikit serak.

"gaduh dengan siapa pulak ni?" soalan dibiarkan sepi.

"seok, noona tanya ni"

"Dengan mama lah! Siapa lagi?!" Aku bengang menyatakan.

"Ish, telinga noona belum pekak lagi lah Seok" noona mencubit pipi aku.

"Mama tu, melampau sangat" balas aku, mengeluh.

"Kenapa?" Soal noona sambil mengulus rambut aku.

"Dia pergi bagitau papa yang Seok dah ada pilihan hati" balas aku.

"Macam mana mama tahu?" Soal noona.

"Sekejap, Seok dah ada pilihan hati?" Terbuntang mata noona dibuatnya.

Aku mengangguk, menuju reaksi seterusnya.

"Uwaaaaaaaahh"

"Setakat pilihan hati je" balas aku, menyampah.

"Uuuu matang sudah adikku ini" noona menepuk belakang aku kuat.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang