47

36 14 0
                                    

Young Shim POV

malam ni agak kecoh bila hoseok dan byeol pulang ke rumah. aku tersenyum kelat. segala kertas yang diterima sebentar tadi sudah aku simpan kemas di dalam kotak rahsia milik aku. sedangkan hoseok sendiri tak mahu bukanya sebab dia kata 'walaupun kita suami isteri, saya nak jaga privasi awak sebab awak jaga privasi saya.' ah, aku dah jatuh cinta buat kali kesejuta.

"aish, merajuk lagi ke sayang saya ni?" hoseok mendekati aku dan memeluk aku dari belakang. kepalanya pula direhatkan di atas bahu aku.

"mana ada. saya penat sikit je hari ni. awak tahu tak? anak kita sorang ni, bilik dia, hanya tuhan je yang tahu macam mana bilik tu boleh jadi serupa gitu" aku tersenyum.

"kenapa?" dia mengangkat kepala, mungkin memandang byeol tajam.

"alah papa dengan mama ni.. janganlah marah byeol. bukan bersepah sangat pun" dia mengecilkan badannya kerana takut.

"haha, tak mama tak marah pun" aku tersenyum sedikit dan merehatkan kepala aku pada bahu hoseok yang masih di belakang. "dah, pergi tidur, esok nak sekolah. nanti sebelum tidur jangan lupa kemas sikit-sikit lagi" pesan aku melihat byeol yang mengosok-gosok mata menaiki anak tangga menuju ke bilik.

selepas sahaja bunyi pintu ditutup kedengaran, "awak kenapa sayang?" soal seok. keadaan kami masih sama seperti tadi.

"saya risaulah" aku akhirnya berterus terang.

"kenapa awak nak risau? kalau ada apa-apa yang tak kena awak mesti bagitahu saya" dia memusingkan badan aku supaya menghadap dirinya.

"saya tak nak byeol tahu" aku jujur.

"okey, sekarang dia dah pergi tidur. bagitahu saya sekarang. kenapa?" dia mengerutkan dahi.

"tadi, peguam datang" balas aku pendek dan ringkas.

"pasal semalam?" soalnya.

aku membalas dengan anggukan.

"nanti saya setelkan. sekarang, takmo sedih-sedih" dia tersenyum membuatkan aku sekali turut tersenyum.

sekali dia mencium sekilas bibir aku.

"aish, apa awak ni" aku tertawa perlahan.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now