61

28 7 0
                                    

Hoseok POV

"tuan pasti tentang hal ini?" tegur namjoon yang memandang kehadapan, leka memandu. 

"hm" aku hanya mengangguk. hati aku rasa kurang senang memikirkan tentang papa yang cuba untuk mengekori aku. 

sebaik sahaja namjoon setuju untuk memandu aku ke tempat perjumpaan seokjin hyung, aku perlu memastikan soobin tidak akan mengganggu rancangan aku. maka, aku telah menidurkan dia dengan ubat insomnia aku. sejurus itu, aku keluar dari tingkap bilik kerjaku yang terletak di sisi rumah yang selalunya jarang dikawal. 

aku masih tidak boleh melupakan cara aku melompat dari tingkap tingkat tiga ke beranda di tingkat dua. sudahlah bilik itu merupakan bilik kepada papa aku. aku bernasib baik kerana papa masih belum pulang dari pejabat. 

dari situ, aku memandang ke bawah kerana tiada satu pun tempat untuk mendarat kecuali tanah. jadi, aku terpaksa lompat ke bawah dan berguling. bunyi yang dihasilkan berjaya menarik perhatian pengawal dan aku telah dikejar namun aku bernasib baik kerana namjoon menunggu aku di belakang rumah. 

"kan aku dah kata jangan panggil aku tuan" aku memecahkan kesunyian setelah menyedari panggilannya.

"tapi, saya tak biasa" namjoon mengurut belakang tengkuknya tanda tidak selesa.

"ikut suka kaulah" aku malas mahu melayan sebenarnya. fikiran aku bercelaru kerana memikirkan tentang pengawal yang mungkin telah mengekori aku. 

"aku nak tanya kau something" aku memandang namjoon yang duduk di sebelah aku. 

"ye saya, tuan muda" namjoon memandang sekilas kemudian menumpukan perhatian kepada jalan.

"masa kau ambil aku tadi, kau buka lampu kereta tak?" soal aku.

"tak, sebab saya dah dapat agak yang tuan kena kejar" namjoon tersengih.

aku menghembus nafas lega. "kau memperlekehkan aku ke?" beberapa saat kemudian, aku memandang dia tajam selepas sekali lagi menyedari apa yang dia katakan.

"eh, mana ada" sekali lagi dia tersengih.

"kau ni kan" muka aku merona merah menahan malu. malu kerana aku tidak mampu menyelesaikan masalah aku sendirian. 

"terima kasih" perlahan aku berkata. 

namjoon hanya tersenyum.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now