74

33 10 0
                                    

Aku membuka mata dan menyedari diriku masih lagi berada di dalam kereta. 

"Kita nak kemana?" Aku beranikan diriku until bertanya kerana sejujurnya aku sangat lapar dan badanku kebas. 

"Rumah pakcik kamu" tenang sahaja dia menjawab kemudian dia menguap. Keadaan sekeliling begitu gelap membuatkan aku memandang sekilas jam digital yang berada betul-betul di atas radio. Pukul 2:57 pagi.

"Abang tak penat?" Entah dari mana aku dapat keberanian untuk menegur dia, mungkin kerana aku bosan. 

"Penat juga. Kenapa? Kamu lapar ke?" Soalan diajukan kepadaku dan serentak itu aku mengangguk.

"Kalau macam itu, kita berhenti di kawasan rehat nanti. Kita sebenarnya dah terlepas jauh dah ni" senyuman yang darinya membuatkan aku kurang takut dengan abang ini.

"Nama abang siapa?" Aku mula berkenalan dengan abang ini. Mungkin dia memang orang yang baik? Tiada siapa tahu kecuali mereka yang berada di rumah anak yatim. Tapi sekarang mereka sudah tiada dan aku sangat-sangat ingin tahu.

"Nama abang Jeon Jungkook" dia memandang aku dari cermin pandang belakang dan sekali lagi tersenyum.

"Kenapa mereka takut dengan abang?" 

"Abang sendiri pun tak tahu. Mungkin mereka takut dengan pakcik kamu" abang itu mengangkat bahu.

"Siapa sebenarnya pakcik saya? Sedara papa ke? Sebab mama kata mama takde sedara" aku berterus terang.

"Hmm, boleh dikatakan begitu" abang jungkook mengangguk.

"Abang, Saya serius nak tahu ni. Siapa sebenarnya pakcik saya?" Aku membuat muka comel menyebabkan dia tersengih. Mungkin terhibur dengan telatah aku. 

"Kamu kena panggil dia pakcik Kim. Itu sahaja yang abang boleh bagitahu. Sebab nanti abang kena marah dengan pakcik Kim kamu tu" jawapan abang jungkook membuatkan aku rasa tidak sedap hati.

Nama keluarga papa ialah Jung dan nama keluarga mama ialah Kang. Dari mana datangnya Kim?

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Where stories live. Discover now