85

33 10 0
                                        

Hoseok POV

"Kim Taehyung. Lelaki itu kunci kepada segala kekejaman kau. Aku juga pasti dia semestinya berdendam dengan keluarga aku. Dia mungkin juga menggunakan kuasa kau untuk menjatuhkan hukuman kepada aku. Kau bermain di atas telapak tangan kau sendiri hyung" aku memberitahu kepadanya aku yang tersirat di dalam kepala aku.

"Tae takkan buat macam tu pada aku. Dia terlampau lemah. Trauma masih menghantui dia. Kalau nak cakap, tolong logik sikit" dia mencemuh aku. Aku sudah agak bahawa perkara ini akan berlaku.

"Hyung, kita sedang bercerita tentang psikologi. Kau tahu ke apa yang terlintas di dalam kepala Taehyung tu?" ayat aku menyebabkan dia melepaskan kolar aku dan memandang ke arah Jungkook.

"Bawa Tae kepada aku" mata Seokjin hyung memerah, tanda menahan kemarahan. "Bagaimana kau boleh pasti sangat?" soalnya sebaik sahaja lelaki bernama Jungkook itu meninggalkan bilik pejabat.

"Aku cuma terfikir, kenapa kau begitu agresif sedangkan bukan kau yang dianiaya. Mungkin motif kau cuba cederakan keluarga aku adalah kerana keadaan kau dihalau keluarga menekan perasaan kau dan rahsia yang sepatutnya kau simpan dari appa kau dibocorkan oleh papa aku. Tapi, dendam pada aku? Bukankah orang yang paling layak ialah Taehyung?" aku terduduk di atas sofa yang berada betul-betul bertentangan dengan dia. 

"Kau menjadi rakan saham papa dan banyak melabur di dalam J Corp. Kau banyak menolong papa dan aku tak puas hati kerana kau masih menyeksa aku sedangkan menyokong papa dari belakang. Kau sendiri beritahu aku bahawa kau memakai topeng yang papa aku bagi pada kau, lebih melucukan sebab pada hakikatnya, kau berdendam dengannya" aku tertawa kemudian terbatuk.

"Aku sudah kata hyung, kau sememangnya bukannya yang paling berkuasa di sini. Papa mempermainkan kau, sama seperti dia mempermainkan aku. Adik kau, tak, adik kita, mempermainkan hati kau pula. Kedua-dua jalan yang kau lalui sekarang ni membawa kau ke jalan mati hyung" aku tersenyum dengan bibir aku yang mula merekah kerana aku tahu bahawa aku akan menang pertempuran ini tak lama lagi. 

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang