Geum Byeol POV
jujur, aku tak faham apa yang berlaku sekarang ni, kepala aku runsing dan mama memegang aku erat.
"mama, mana papa?" soal aku dalam dakapannya dan seduku.
"papa? ni papa sayang--"
"sayang? awak takde hak nak panggil dia macam tu" mama semakin marah. pertama kali juga aku tengok mama marah macam ni. kalau mama marah lagi, mama sakit macam mana? hanya papa je yang boleh tenangkan mama, buat mama senyum supaya mama tak stres dan sakit. tapi batang hidung papa pun aku tak nampak.
"mana papa, mama?" kali ini aku bertanya dengan suara yang lebih perlahan.
mama membuka dakapannya dan mengusap muka aku lembut. pipi mama sudah basah. apa sahaja yang lelaki ni dah buat pada mama?
"mama tak tahu sayang, nanti kita cari ye?" balasnya, cuba untuk tersenyum tapi aku tahu semuanya hanya satu penipuan. mama sakit, aku pasti.
"kenapa awak tak boleh maafkan saya? dalam darah dia ada darah saya. dalam sel dia, ada sel saya. kenapa awak tak boleh terima semua tu?" marah lelaki itu kepada mama.
"sudahlah!" aku menjerit, mendepakan tangan di hadapan mama.
"pakcik tak tahu apa-apa pasal mama. walaupun pakcik mungkin papa sebenar byeol, tapi mama tak pernah benarkan. sebab tu byeol takkan benarkan pakcik jadi papa byeol jugak!" aku membentak kaki aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY