64

39 9 2
                                    

Namjoon POV

aku memarkir di tepi jalan, di hadapan sebuah perumahan yang dibina pada bukit yang diteres. tuan muda yang tersenguk kepalanya aku biarkan buat seketika. air matanya sudah kering kerana sudah lebih 20 minit tertidur. aku kasihan melihat dia yang seperti burung di dalam sangkar. mentalnya semesti penat kerana berada di dalam bilik dan pejabat sepanjang masa.

aku menepuk perlahan pahanya. mulutnya yang ternganga dan dipenuhi air liur basi tertutup dan matanya yang sembab perlahan terbuka. dia memandang aku, keliru dengan keadaan sekarang. aku tersenyum menyuruh dia bangun. 

sebaik sahaja kami keluar daripada kereta, dia bertanya, "kita kat mana?" dia memandang keadaan sekeliling. "rumah kau?" dia memandang aku sambil menggaru belakangnya. 

aku tersengih seraya mengangguk. "rumah saya ada kat atas. kena naik tangga. maaf kalau menyusahkan" aku menundukkan badan, mempersilakan dia naik ke atas tangga. dia mendahului aku namun disebabkan dia masih mamai dan berjalan secara terhuyung-hayang bagaikan lelaki mabuk, aku meletakkan tangannya mengelilingi bahuku dan menunjukkan jalan yang betul ke arah rumahku.

aku membuka mangga dengan kunci pendua yang aku bawa kemana-mana kerana kunci sebenarnya berada di dalam jagaan ayahku. aku membuka pintu rumah setelah mengunci pintu pagar. semua lampu telah pun tertutup menandakan semua orang sudahpun lena dibuai mimpi.

aku membuka pintu bilikku. aku baringkan tuan muda di atas katil dan merenggangkan urat dengan mengeliat kerana kesusahan mengangkat dia naik ke atas sebentar tadi. aku bukakan stoking dan tuxedonya kemudian membuka butang baju paling atas.

aku terlihat sesuatu pada badannya kemudian membuka satu lagi butang pada bajunya. terlihat sahaja torehan pada dadanya, aku menutup mulutku tanda tidak percaya dengan apa yang aku sedang lihat sekarang.

✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang