"yah, tak guna kau seokjin! kenapa kau bunuh dia? kenapa kau bunuh kawan aku?!" aku menjerit sekuat hati kerana amarahku tidak akan pulih dalam jangka masa yang panjang.
"kawan kau? hey, tolong sedar diri yang selama ni berkawan dengan kau hanya aku!" seokjin memarahi aku semula, menghalakan muncung pistol tepat ke dadaku.
"kalau betul kau kawan aku, kenapa kau sanggup aniaya aku? kenapa kau sanggup bunuh jimin? kenapa kau sanggup bunuh namjoon?" aku menekak kolar bajunya yang berwarna putih itu. tangan aku yang berlumuran dengan darah namjoon mencomotkan baju edisi terhad miliknya.
"kau memang dah melampau hyung!" segenggam penumbuk tepat terkena wajahnya, menyebabkan hidungnya berdarah. "kaulah syaitan yang aku cari selama ni rupanya!" aku bergelut dengannya sehingga pistol di tanggannya terlepas. menyedari perihal itu, terus sahaja dia menumbuk muka aku menyebabkan aku terdorong kebelakang.
"papa! sudahlah!" geum byeol menjerit sambil menangis, membuatkan aku memandang kearahnya dan tidak menumpukan perhatian kepada seokjin yang cuba mengambil pistol yang berada berdekatan dengannya.
BANG!
"papa!!" mata aku berpinar kerana kesakitan yang tiba-tiba sahaja aku rasa pada lengan sebelah kanan. Byeol datang mendekati aku, cuba untik menjadi perisai supaya aku tak ditembak lagi. Akhirnya, dia terjatuh di atas badan aku, cuba untuk menghalang darah yang banyak daripada keluar.
"Kenapa kau degil sangat hoseok? Kenapa kau tak boleh duduk diam je? Sekarang aku dah cederakan kau. Kau tak menyesal lagi ke tak patuh pada arahan aku?" soal seokjin kemudian mengelap darah yang keluar dari bibirnya.
"Seokjin, aku nak kau berhentikan perkara mengarut kau ni sekarang!" Papa tiba-tiba menengking seokjin.
"Encik Jung, apa yang mengarut sangat dengan perbuatan saya? Perbuatan encik jauh lebih jijik daripada apa yang saya cuba lakukan!" Seokjin menjerit, menghalakan muncul pistol pada papa dan-
BANG!
Satu das tembakan terkena pada kaki papa. Dia mengaduh kesakitan membuatkan aku berasa lebih marah berbanding tadi.
"Sudah!" Aku menjerit nyaring

YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY