Hoseok POV
Aku membuka mata. Terus sahaja sinaran matahari menerjah masuk di dalam kanta penglihatanku. Kepala aku sakit. Tekak aku loya.
Aku di mana? Aku memandang sekeliling. Ini bukan bilik aku. Aku memandang ke arah meja lampu yang berada di sebelah kanan aku.
Mata aku terbeliak bila melihat wajah wanita itu dan Geum Byeol terpampang pada gambar yang berada di dalam bingkai gambar.
Aku sekarang di rumah perempuan tu ke? Tapi macam mana?
Aku cuba mengingati setiap peristiwa yang berlaku pada malam tadi. Aku mabuk teruk semalam. Aku pukul tiang. Aku peluk lampu isyarat. Aku... Jumpa dia!
Terus sahaja aku berlari ke arah pintu bilik ini dan membukanya. Kelihatan Geum Byeol yang sedang menonton kartun.
"Abang dah bangun mama kata abang tak sihat jadi--" tiba-tiba sahaja aku menjadi mual dan berlari ke arah sinki dapur.
Habis segala isi perut aku di keluarkan. Selepas itu, aku terduduk dan menggelupur.
"Abang? Abang?! Abang okay tak?" Perlahan Geum Byeol menolak-nolak tangan aku.
"Mama! Abang Seok pengsan!" Aku dapat rasakan air yang hangat jatuh di atas tangan aku.
Aku masih tak berdaya tapi aku kuatkan juga untuk menarik Byeol di dalam pelukanku.
"Abang okay. Byeol tak payah risau. Sikit je ni" aku dapat rasakan betapa basahnya baju yang dipakai aku.
"Ya tuhan! Apa dah jadi ni?" Aku dengar suara itu tetapi kurang jelas.
"Mama! Abang sakit!" Jerit Byeol ketakutan.

YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY