Hoseok POV
"awak ada tahu apa-apa yang dah jadi dengan mangsa ni?" kali ni, soalan yang aku dengar lebih lembut daripada tengkingan yang aku terima sebelum ni.
"tak" balas aku, hampir tanpa perasaan.
seminggu selepas kejadian, pihak berkuasa dapat mengenal pasti mayat jimin. nombor telefon aku adalah nombor yang terakhir menelefon nombornya. aku sendiri kurang pasti kenapa. bukan ke semua nombor jimin adalah nombor palsu? nombor yang bagi kat aku pun palsu. aku hanya dapat contact dengan dia bila dia yang call.
"apa hubungan awak dengan dia?" soal polis perempuan di hadapan aku.
"saya minta tolong dia"
"boleh saya tahu pertolongan jenis apa yang awak minta daripada dia?"
"saya minta tolong dia carikan isteri dan anak saya"
senyap. hanya jam yang berdetik kedengaran. mungkin mereka terkedu.
"tapi menurut fail, awak belum berkahwin"
"hidup saya bukan pada kertas! bukan pada fail! bukan pada wang!" aku mula mengamuk menyebabkan beberapa pegawai menghalang aku dari terus begitu.
"saya tak bunuh dia" aku memandang pegawai polis itu tajam.
"baiklah kalau macam tu" dia mengeluh dan berdiri. "bawa dia keluar. saya minta maaf kalau ada salah silap semasa awak berada di sini. memang salah kami bawa awak datang sini secara tiba-tiba tanpa waran" pegawai itu menunduk kepada aku.
"saya tak sekejam papa, jadi jangan risau. tapi, kalau awak dapat pembunuh tu, tolong bagitau saya" aku memperlahankan suara, dan berlalu dari situ.
+
aku masuk ke dalam perut kereta dan memandang ke arah cermin pandang belakang dan tersenyum pada pegawai polis yang dari tadi memandang aku dengan wajah berkerut. aku memandang ke hadapan dan terus menekan pedal.
destinasi aku yang seterusnya, young shim.
YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY