Hoseok POV
Aku menonton televisyen bersama Young Shim dan Geum Byeol yang sedang sibuk berbaring di atas paha aku yang sedia kebas ini.
"Papa, tak best lah cerita Titanic ni... Byeol nak tengok cerita kartun Arpo" rengek Byeol.
"Alah, baru je tadi kita habis tengok cerita kartun Robocar Poli. Bagilah Papa ngan Mama tengok cerita ni" aku mengusap lembut kepala Byeol.
"Alah, papa. Arpo dengan Poli lain lah" Byeol mencebik. "Lagipun, cerita ni berjam baru habis. Cerita Byeol 10 minit tak sampai."
"Alahai Byeol, 10 minit kalau berapa episode jadi berjam jugak. Dari pagi tadikan Byeol tengok kartun" aku cuba memujuk.
"Okay, Byeol tak suka ke cerita ni?" Soal Young Shim, duduk dari perbaringannya dan mengelus rambutnya kebelakang bagi menampakkan dahi.
"Tak" balas Byeol pendek.
"Kita tukar drama Korea lah" Young Shin memandang aku. "Saya pun bosan" Young Shim berterus terang.
"Okaylah kalau macam tu" aku mengangguk lalu mendekati tv.
"Kita nak tengok apa ni?" Aku memandang dua orang kekasih aku ini.
"Nak tengok drama action" balas Young Shin teruja.
"Cerita apa?" Soal aku, terhibur dengan telatah Young Shim.
"Hmm nak tengok cerita.. Byeol nak tengok drama apa?" Soal Young Shin kepada anaknya.
"Nak tengok cerita yang ada pelakon dari cerita yang mama suka tu... Alah, siapa tu? Manalah Byeol ingat nama dia?" Byeol mendekati aku dan memeluk belakang aku.
Aku dan Young Shim tertawa gembira melihat gelagat Geum Byeol, iaitu anak kami.

ANDA SEDANG MEMBACA
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY