Hoseok POV
gerak geri aku langsung diekori oleh beberapa orang guard yang bersiap sedia untuk menangkap aku jika aku cuba untuk lari. tetapi papa tidak tahu bahawa aku tahu selok belok kawasan ini. dengan mengunakkan gadget mama, aku cepat-cepat mempelajari blueprint kawasan ini.
namun, semestinya bukan semudah yang aku sangkakan. kawalan ketat dari luar dan dalam membuatkan seluruh dewan kecoh apabila aku cuba untuk momboloskan diri.
nafasku deras semasa aku sedang menyorok dari mereka di dalam tandas wanita. jujur aku katakan, aku memang seorang yang berani. dari mana datang keberanian itu, aku juga kurang pasti.
kedengaran suara jeritan guard memberi arahan kepada mereka untuk menari aku. maka aku tak boleh berlengah lagi.
aku membuka kepala jamban dan mengeluarkan beg aku yang sudah basah kuyup. aku segera mengeluarkan pakaian wanita seperti skirt pink and blouse berwarna kuning daripada dalam plastik kedap udara dan menyarungnya segera. rambut palsu di dalam aku pasang dengan menggunakan pin hitam supaya tidak obvious. aku keluar dari dalam tandas dan menatap muka aku pada cermin. set make up aku keluarkan dan aku menepek bedak, blusher dan memakai lips stick.
aku memperbetulkan rambut palsu dan terus keluar dari situ. Langkah aku begitu ayu sehinggakan tiada kedengaran bunyi tapak kaki aku berjalan. Ada yang menyedari hadirnya aku tapi langsung tiada sesiapa yang kisah. Aku keluar daripada bangunan, terus mendapatkan teksi yang sudah bersiap sedia tunggu di luar pintu.

YOU ARE READING
✔ 𝓑𝓪𝓷𝓰𝓴𝓲𝓽 𝓯𝓽 𝓳𝓱𝓼
Fanfiction[Pemenang tempat pertama Best Actor Award 2018] Aku sekarang berada di tangga paling bawah dan masih tersungkur Start: 11/10/2017 Republish: 14/11/2018 End: 31/12/2018 Cover made by: DAESANBOY